[VIDEO] Gelagat Kak Lina Pom Pom & Pak Azad ‘Bercakar’ Di Belakang Aina Abdul Undang Tawa -” 10 Kali Ulang! Memang Tak Boleh Bawa Bincang”

Tular sebuah video yang dimuat naik penyanyi popular, Aina Abdul menerusi akaun TikTok miliknya apabila dia menyanyikan sebuah lagu dari penyanyi Indonesia Mahalini yang bertajuk Sial.

@ainaabdul20 Abaikan perbalahan di belakang tu 🤭 #fyp #fypシ #AinaAbdul #foryoupage #foryou #sial #sialmahalini ♬ original sound – Aina Abdul

Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah, gelagat Elly Mazlein dan Azad Jasmin yang kelihatan seperti bergaduh di belakang Aina.

Pada asalnya, Elly dan Pak Azad yang bertugas sebagai penyampai radio pada hari tersebut secara spontan melakukan aksi seperti sedang menumbuk dan memukul antara satu sama lain.

Dan, telatah mereka itu disedari Aina sehinggakan penyanyi itu tidak dapat menahan gelak ketika menyanyikan lagu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan penyampai radio itu yang seakan-akan sedang membuat klip muzik video berkenaan.

“Siap ada lakonan tu?

“Short cover pun ada MV ye?

“10 kali ulang. Dua orang dekat belakang tu tak boleh bawak bincang,” tulis netizen di ruangan komen.

Izzi Farhana