Makin Sweet! Rita Nadira & Chubb-E Saling Berbalas Posting Di TikTok, Peminat Restu – “Muka Sama Jodoh Ni”

Pelakon jelita Rita Nadira kelihatan semakin akrab dengan penyanyi rap Chubb-E menerusi ruangan TikTok, sejak kebelakangan ini.

Malah, mereka juga kerap membuat trend TikTok bersama dan saling berbalas posting antara satu sama lain di platform tersebut.

Terbaharu, Chubb-E telah memuat naik gambarnya bersama Rita ketika bermain template di TikTok diiringi dengan kata-kata manis.

Dalam perkongsian tersebut, Chubb-E juga menggunakan lagu Gadisku nyanyian kumpulan Search sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai status hubungan mereka.

“It’s always, jangan la post, i buruk la. But never – Semat pula template ni,” tulisnya.

@chubbe_jmg Semat pulak template ni.👽🫶🏻🧚🏻‍♂️ #Chubbeta #fyp #foryou ♬ original sound – CHUBB-E

Sebelum itu, Rita juga ada memuat naik gambar mereka bersama menerusi sebuah perkongsian di TikTok, baru-baru ini.

@ritanadira_ day 4, ehh 😍🙈 #chubbeta #aidilfitri2023 #fyp #foryoupage ♬ Saat Kau Hadir (Slowed) – Family Affair’s

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut turut meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya yang rata-ratanya merestui sekiranya mereka menjalinkan hubungan.

Lebih mencuri perhatian, pelakon Meerqeen juga sempat menyakat penyanyi rap itu menerusi ruangan komen

“Bestnya, kalau la saya pon boleh buat macam ni,” komen Meerqeen.

Fatin Nurain