Hiburan By: Syafiqa Irdina March 12, 2020 @ 3:18pm

Covid 19: “Hanya Pendekkan Khutbah, Bukan Hentikan Solat Jumaat” – Dr. Zullkifli

Isu penularan wabak kes COVID-19 masih boleh terkawal di negara ini dan tidak perlu untuk menghentikan Solat Jumaat buat kaum lelaki.

Penularan dari keadaan wabak yang tular itu juga telah diisytiharkan sebagai Pandemik kerana dikatakan sangat teruk dan membimbangkan.

Terbaharu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataannya berkata solat jumaat buat kaum lelaki tidak perlu dihentikan, namun perubahan perlu dilakukan dengan memendekkan khutbah jumaat.

Yang Ada Simptom Tidak Perlu Hadir Solat Jumaat

Jelasnya, mereka yang mempunyai simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.

“Orang ramai digalakkan untuk mengambil air sembahyang di rumah manakala pengurusan masjid dan jemaah hendaklah menyediakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) dan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan.

“Mereka yang ada simptom COVID-19 bagaimanapun tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit,” katanya.

 

 

Boleh Diganti Dengan Zolat Zuhur Apabila Wabak Merebak Secara Tidak Terkawal

Memetik laporan Harian Metro, Dr. Zulkifli berkata solat Jumaat hanya tidak boleh dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor dalam keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan.

“Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu,” katanya.

Zulkifli berkata bagi mengelak kekeliruan, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan mengenai hal itu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, penyediaan kertas kerja permasalahan berkaitan COVID-19 seperti solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan urusan mandi jenazah.

“InshaaAllah kita akan kemukakan dalam masa terdekat kepada Majlis Fatwa untuk diputuskan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan COVID-19, korang boleh saksikan di Youtube Buletin Utama okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit.

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Harus Tonton! Ruffedge Sanggup Crash Wedding Demi Muzik Video ‘Seperti Mereka’

Video muzik rasmi ‘Seperti Mereka’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 22 Januari 2019.

Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Like Mother, Like Daughter!” – Gelagat Serta Tarian Norreen Iman & Anak Curi Perhatian

Bagi pengguna aplikasi TikTok, pasti ramai yang mengetahui pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sering memuat naik video kandungan lucu yang mencuit hati penonton. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik di TikTok yang memaparkan

Trending Hari Ini Mon, 15 Jun 2020
LIFESTYLE Thu, 13 Dec 2018

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

Hiburan Fri, 26 Oct 2018

费玉清「2019告別演唱会」最后一次登云顶舞台

「金嗓歌王」费玉清将于2019年4月12日及13日(星期六)晚上8时30分,再次踏上云顶云星剧场的舞台,举办他的个人告别演艺圈的巡回演唱会。

Hiburan Tue, 18 Oct 2022

Cikgu Fadli Mohon Maaf Kepada Caprice, Mohon Semua Jangan Jadi Batu Api

Media sosial kini hangat diperkatakan tentang isu Cikgu Fadli Salleh yang dikatakan bakal dikenakan tindakan tatatertib gara-gara lantang bersuara mengenai isu pendidikan negara sehingga mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi rap, Caprice. Caprice yang sering mengulas

| Live TV