Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 28, 2024 @ 9:00pm

“Cukuplah Rosakkan Hati Dia! Sekarang Ni Dia Ke Yang Jadi Penyondol?”- Didakwa Tumpang Populariti Marissa Dania, Kakak Tampil ‘Back Up’ Umisya

Kekerapan memuat naik video dan foto mempamerkan dirinya ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Malah, terdapat segelintir warganet yang tampil berani menggunakan akaun palsu dan meninggalkan komen sarkastik terhadap adiknya, Umisya Mazlan.

Justeru, tidak mahu perkara negatif itu terus tersebar, Nadia menerusi hantaran di Instagram Story nya tampil menegur tindakan individu tersebut.

Sebagai seorang kakak yang mengerti kesengsaraan yang dialami adiknya, Nadia menjelaskan bahawa apa yang berlaku bukanlah seperti yang diminta Umisya.

Bahkan, adiknya itu pernah berharap kejadian yang menimpa diri dan anak-anaknya hanyalah mimpi semata-mata.

“Lagi satu, Tahu tak apa yang dia nak? Dia nak bila bangun dari tidur semua ni adalah mimpi.

“Mimpi yang tak pernah berlaku dan terjadi dalam hidup. Mimpi yang akan merubah kehidupan dia dan anak-anak.

“Tapi, dia hidup dalam realiti, itu yang dia kena terima. Bercerai? Sudah pernah bercerai. Tapi Allah masih panjangkan jodoh mereka. Jadi kamu semua nak salahkan Allah dalam takdir yang sedang dia lalui?,” ulasnya.

Dalam pada itu, Nadia turut mendedahkan mengenai komen tular  yang mendakwa adiknya sengaja membuka aib suaminya sebelum ini.

Katanya, Umisya melakukan semua itu dek kerana diminta oleh pihak keluarga yang terlibat untuk memberi pengajaran buat anak mereka, sekaligus menjawab dakwaan kononnya adiknya itu dikenali kerana menjadi ‘bayang-bayang’ Marissa.

“Oh nak clearkan juga satu benda ni. Ada baca komen ‘bukan ke dia yang sendiri buka aib suami dia? Dia yang expose semua,’. Dia buat tu semua semasa mereka sudah bercerai pada ketika itu. Dan bukan dia yang nak expose dan spill semua tu. Tapi mereka yang suruh dan minta Umisya buat semua tu.

“Dengan harapan untuk bagi pengajaran pada dia dan berhenti untuk buat semua benda tu. Sebab dia orang pun dah tak tahu nak buat macam mana untuk bagi dia sedar.

“Please, lepas ni tolonglah jangan jadi tangan jahat untuk menulis tentang sesuatu yang tidak pasti.

“Dan, tiada siapa pun dalam dunia nak minta jadi famous, dikenali sebab dicurangi atau dikhianati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Feb 2024
Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Featured Fri, 9 Sep 2022
Trending Wed, 3 Aug 2022

“Tudung Dah Hilang?” – Kongsi Foto ‘Free Hair’, Isteri Caprice Minta Netizen Bertenang

Netizen keliru dengan imej Farra Innalis sama ada sudah berhijab atau belum.

Trending Wed, 10 Apr 2019

Pelakon Siri Full House Berdepan Hukuman Penjara 40 Tahun

Sampai macam tu sekali mak bapak diorang sanggup bayar semata-mata anak diorang masuk Universiti? OMG!

Hiburan Mon, 30 Sep 2024

Malaysia Jadi Tuan Rumah, Festival Filem Asia Pasifik Kembali Untuk Edisi Ke-61

Festival Filem Asia Pasifik 61 (APFF61) akan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember 2024.

error: Content is protected !!