Da Unknown Mahu Mencuba Pelbagai Jenis Genre

Boy band yang popular dengan lagu ‘Jangan Marah (Baby Sayang)’, Da Unknown mempunyai hasrat untuk mencuba pelbagai jenis genre lagu untuk disampaikan kepada peminat.

Menurut salah seorang ahli kumpulan tersebut, Ameer atau nama sebenarnya Ameer Nor Azam berkata bahawa mereka akan bertukar idea antara satu sama lain untuk menghasilkan genre lagu yang baharu.

“Cara kami untuk keluarkan lagu, kita nak tukar-tukar genre, kita nak explore, kita nak beranikan diri untuk membawakan genre yang lain” jelas Ameer.

Da Unknown yang rata-rata ahlinya masih lagi seorang pelajar mengaku bahawa sukar untuk membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya.

Namun bagi Ameer, komunikasi antara satu sama lain amat penting bagi mereka.

“Jika ada kerja, kami akan minta pengurus kami inform seminggu atau dua minggu awal dan kami akan berbincang untuk memilih hari apa yang kami free baru akan proceed,” jelas Ameer lagi.

Turut berkongsi, perkembangan terbaru kumpulan Da Unknown ialah mereka sedang membuat rakaman dua lagu yang berlainan genre berbanding lagu sebelum ini.

Kumpulan tersebut pada asalnya dianggotai oleh lima orang ahli, namun salah seorang dari mereka telah menarik diri iaitu Momo.

Izzi Farhana