Kembali Bersama Dengan Bekas Suami? Ini Jawapan Yasmin Hani – “Saya Tak Boleh Cakap Tidak Sebab…”

“Saya rasa ia magik kalau jadi”

Demikian kata-kata pelakon Yasmin Hani apabila disoal jika ditakdirkan untuk kembali bersama dengan bekas suaminya, Shahrin Mohammed Razali.

Menurut Yasmin, jika perkara tersebut terjadi, ia mungkin sudah berlaku dahulu dan tidak teragak-agak untuk berkata ya.

“Dia (bekas suami) mungkin dah ada pasangan, saya tak pasti. Saya sudah ada pasangan tapi tak tahu sejauh mana lagi.

“Kalau kata dia nak jumpa dengan saya semula, saya rasa dah lama ia boleh berlaku tapi tidak.

“Jika berlaku pada masa hadapan, saya takkan tahu, saya tak boleh cakap tidak sebab saya pernah mengenalinya dahulu dan saya setuju membawa dia ke dalam hidup saya dan begitu juga dia,” katanya.

Tambah Yasmin, dia tidak mengiyakan ataupun menafikan sekiranya dia dan bekas suami kembali bersama sebagai suami isteri di masa akan datang.

Namun, dia tetap mahukan yang terbaik buat anak-anaknya biarpun berdepan episod gagal dalam perkahwinan.

“Kita tak boleh mengiyakan ataupun menidakkan tapi sekarang ini jika terlintas di fikiran mungkin dahulu, tapi sekarang ini saya tak tahu.

“Kami mahu terbaik untuk anak-anak kita sebagai pandangan saya sebagai seorang ibu dan wanita, saya telah gagal dalam perkahwinan tapi saya dan dia tak mahu gagal sebagai ibu bapa juga,” ujarnya.

Untuk rekod, Yasmin dan Shahrin mendirikan rumah tangga pada 2015 dan sah bercerai pada Disember 2021.

Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.

Sumber: Hlive!

Khairil Khusyairi