Dah Lama Move On, Nazim Othman Pasang Niat Nak Kahwin Sekali Lagi

“Sebenarnya, saya tidak pula mengenang atau meratapi, cuma mereka yang membuat andaian sebegitu,” kata pelakon Nazim Othman menjawab dakwaaan dia masih diselubungi bekas isteri .

Kata Nazim ketika ditemui, dia menafikan hal itu dan menyifatkan ia hanya cakap-cakap ‘belakang’, hakikatnya dia sudah bersedia meneruskan kehidupan solo.

“ Kegagalan perkahwinan sebelum ini banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang. Saya masih menyimpan harapan untuk berkeluarga apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah mulakan hidup baharu dan memandang ke hadapan, biarlah apa yang berlaku sebelum ini menjadi sejarah saja. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk tidak mudah melatah apabila berdepan dengan pelbagai situasi.

“Ada yang memberi nasihat dan semangat, untuk tidak terlalu memikirkan mengenai kegagalan perkahwinan sebelum ini terutama di kalangan orang sekeliling.

“Apa yang pasti, saya belum bertemu pengganti lagi buat masa ini. Insya-Allah…Jika boleh, saya ingin mendirikan rumah tangga lagi apabila tiba masanya kerana mahu berkeluarga. Namun, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah untuk mengaturkan yang terbaik dalam hidup,” katanya kepada Xtra.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan bercerai pada 2 Mei tahun lalu. Perkahwinan mereka bagaimana pun tidak dikurniakan cahaya mata.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Nazim bakal kembali ke lokasi dalam tempoh terdekat bagi menjayakan drama berjudul Cindai. Selesa bekerja di bawah produksi, JS Pictures, drama itu turut menampilkan Ayda Jebat, Syazuwan Hassan dan ramai lagi.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Enal