‘You Memang Tak Habis Buli Perempuan Kan!’- Pelakon Indonesia Mengamuk Dengan Aliff Aziz

Pelakon Indonesia Raja Yunika Putri meluahkan rasa kecewa terhadap penyanyi Aliff Aziz susulan dakwaan mengenai kes kecurian yang berlaku pada Jun lalu.

Menerusi laman Instagram, wanita ini berasa menyesal kerana pernah mengasihani selebriti kelahiran Singapura itu.

“ Surat terbuka untuk @aliffaziz91 !! Honestly menyesal saya pernah cakap kasihan dengan anda.

“ Ternyata semua hanya lakonan anda untuk dapat simpati. Now cakap depan saya kalau memang ini fitnah dari saya,” luahnya.

Tambah Raja Yunika, dia turut memberi amaran kepada Aliff agar melakukan tindakan undang-undang sekiranya ia merupakan sebuah fitnah.

“ Jangan berani hanya dibelakang saya. Saman saya jika memang ini fitnah, baik you diam daripada cakap saya fitnah anda. Aliff, tunggu dan lihat apa yang anda telah lakukan,” katanya.

Untuk rekod, dia mula mengenali Aliff menerusi Instagram sebelum Ramadan lalu. Artis terbabit kemudian meminta bantuannya mengenai peluang mengembangkan kerjaya seninya di Indonesia.

Katanya, dia bersetuju untuk membantu penyanyi itu kerana selain terbabit dalam bidang politik di Indonesia, Raja Yunika turut aktif membantu anak-anak muda melalui pelbagai program motivasi di Indonesia dan rantau Asean.

Terdahulu, Yunika yang juga pelakon filem Cinta Palsu Suaminya menerusi portal berita haluankepri.com mendakwa menjadi mangsa kecurian artis lelaki asal Singapura yang popular di Malaysia.

SGMS Faida