Categories: EventsHiburan

#daiTV3 : Adakah Penyingkiran Dua Peserta Sekaligus Pada Malam Ini?

Minggu kelima menyaksikan tiada sebarang penyingkiran dilakukan pada malam persembahan Pendakwah Nusantara dengan membawakan tema “Isu Aku & Kamu” kerana pada malam tersebut mereka dilihat semakin berkeyakinan dan semakin bijak mempelbagaikan persembahan mereka dengan tema dan konsep yang telah ditetapkan.

Dan, sekali lagi  Da’i Haziq cemerlang apabila menerima undian tertinggi daripada penonton sebanyak 79% diikuti oleh Da’i Adam 73% dan Da’i amirul 70%.

Malam ini, bagaimanakah pula cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka? Adakah momentum pada minggu lepas masih sama pada minggu ini? 

Jangan lupa saksikan #daiTV3 Pendakwah Nusantara kita beraksi dengan menyaksikan siaran secara langung melalui laman Youtube rasmi TV3 Official Malaysia sekarang! Atau boleh saksikan di LIVE TV kami di xtra.com.my di mana jua anda berada!

Salma Syahbuddin