Categories: EventsHiburan

#daiTV3 : Selamat Jalan Dai’ Wafi

Minggu ketiga menyaksikan persaingan para peserta di pentas Da’i musim ke-6 semakin lama semakin sengit. Namun seperti biasa adat pertandingan pasti ada yang akan tersingkir sebelum menyaksikan siapakah juara yang bakal dinobatkan sebagai Pendakwah Nusantara pada kali ini. Bukan tidak bagus, bukan tidak punya gaya, mungkin rezeki masih belum berpihak pada mereka. 

Kalau minggu kedua kita mengucapkan selamat tinggal buat Dai’ Danial dan Dai’ Syazwani. Minggu ketiga ini pula, kita menyaksikan penyingkiran Dai’ yang berasal dari Kelantan, iaitu Dai’ Wafi. 

Minggu lepas sahaja, ejen dakwah kita telah diuji dengan tazkirah pendek bertemakan pepatah, bidalan dan perumpamaan. Tema ini bertujuan mengangkat martabat bahasa melayu kerana indahnya pepatah, bidalan dan perumpamaan bahasa melayu ini penuh dengan kiasan, sindiran yang dapat dijadikan pengajaran disebaliknya. 

Tujuan juri yang terdiri daripada Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail adalah untuk memberikan peluang kepada para peserta agar  berfikir diluar kotak pemikiran mereka. 

Dan, seperti biasa tazkirah yang disampaikan oleh setiap peserta selama tiga minit ini dinilai mengikut aspek pengisian Al-Quran & Hadis (30%), gaya & susunan isi (30%), kreativiti persembahan (20%) oleh juri tetap manakala 20% markah lagi adalah daripada para Murabbi.

Apapun, bagi peminat Dai’ pendakwah Nusantara yang ketinggalan menyaksikan persembahan para Dai’ kita, jangan risau anda masih boleh menonton persembahan mereka melalui Catchup TV di www.xtra.com.my

Salma Syahbuddin