Categories: FeaturedGaya Hidup

‘Transform’ T-Shirt Lama Anda Menjadi Beg Tangan Menarik! Ini Caranya

Bila badan kita semakin membesar, ataupun bila citarasa fesyen kita dah berubah mengikut trend, mesti ada pakaian yang tak lagi dipakai. 

Dan pakaian yang semua orang mesti ada adalah T-shirt, bukan? Kadang-kadang kita dapat free apabila menyertai sesuatu aktiviti, so mesti koleksi T-shirt kita besar. 

Seelok-eloknya kalau condition pakaian itu elok lagi, kita derma kepada orang yang memerlukan. 

Tapi kalau corak T-shirt anda itu menarik sangat atau ia mempunyai sentimental value dan anda tak nak lepaskannya, takkanlah nak paksa juga untuk muat badan anda? 

Salah satu cara supaya ia tak tersimpan saja dalam almari dah mengumpul habuk ialah dengan menggunakannya semula. Bukan pakai, tapi jadikannya sebagai benda lain yang berguna. 

Cadangan penulis adalah untuk menjadikan ia sebuah beg tangan yang boleh dibawa pergi shopping. Memang sesuailah bentuknya pun! 

Nak tahu macam mana nak buat? Jom kita pelajari cara-caranya daripada video di bawah. Mudah saja!

Selamat mencuba!

Sumber: 5-Minute Crafts

Ad Ops