Hiburan By: SGMS Faida June 5, 2018 @ 8:09am

Dakwaan Dah Kahwin, Tajul Naik Angin!

Penyanyi Tajul kini menjadi bualan hangat netizen apabila videonya sedang membeli pakaian hari raya tular. Apa yang menjadi perhatian apabila adik kepada Allahyarham Achik Spin ini menyebut perkataan ‘wife’ yang ditujukan kepada wanita yang berada di sebelahnya.

Khabar angin ini turut menjadi lebih ‘kuat’ apabila status profil wanita itu di laman Instagram yang menggunakan akaun @icaaeddie meletakkan tanda #T Love #immarried.

Memetik laporan Harian Metro, Tajul yang popular menerusi lagu Sedalam Dalam Rindu berkata ia sekadar gurauan.

“ Mengenai panggilan ‘wife’ berkenaan, sebenarnya saya saja bergurau. Tidak menjangka pula ia jadi tular,” katanya.

 

Dalam masa sama, Tajul turut memuat naik status di laman InstaStory yang meminta netizen menjaga pertuturan bersesuaian dengan bulan Ramadan.

“Mulut longkang ramai betul bulan puasa ni. Syaitan dah kena ikat dah.

“Sayangilah mulut anda, tak pasal-pasal je kau terjamah benda yang tak patut kau jamah der,” tulisnya.

Sementara itu, tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tertentu Tajul meminta menjaga hal masing-masing selain menghormati antara satu sama lain.

“Jaga hal sendiri dah. Nak cakap kau besar, aku pun hidup bukannya sebatang kera.

“Tapi kita ada undang-undang. Tak perlu angkat lu punya baju tinggi-tinggi. Sedih. Hormat satu sama lain, tu pun dah cukuplah brader. Assalamualaikum,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Sun, 4 Feb 2018

迪丽热巴荣登「2017亚洲最时尚脸」冠军宝座

英国杂志《I-Magazine》日前邀请到来自40多个国家的380位专业摄影师、设计师、化妆师、造型师、时尚编辑、以及杂志团队,从3万5千多张的照片和影片中投票选出「2017最时尚脸孔」台湾女艺人方面,许玮宁、杨丞琳、林依晨等人都有上榜,第一名则是由近年爆红的迪丽热巴拿下。

Featured Thu, 13 Apr 2023
Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Sun, 18 Feb 2018

大年初三:免费观赏《春天花啦啦!一屋满堂》

好事成双!在这个充满欢乐佳节气氛的2月份,马来西亚第一网络电视 tonton 将于2月18日开放《春天花啦啦!一屋满堂》让用户免费观看,以及给予Android用户享有50%新春优惠升级成为VIP会员。

Drama Thu, 4 Apr 2024

Ghairah Pilih Pelakon, Erma Fatima Puji Lakonan Aedy Ashraf & Hannah Delisha – “Ini Lah Pelapis Yang Bukan Harap Muka Tapi Bod*h”

Wah! Bukan senang nak dapat pujian dari seorang Erma Fatimah. Terbaik lah Aedy & Hannah!❤️👏