Featured By: Khairil Khusyairi April 17, 2023 @ 6:15pm

Rita Rudaini Sebak Setahun Berjauhan Dengan Anak – “Sakitnya Tak Sesakit Dikhianati & Ditinggalkan Dulu”

Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sebak apabila mengenangkan anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 14, yang sudah setahun menyambung pengajian dia sekolah berasrama penuh.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar memuat naik sebuah klip video yang memaparkan momen dia dan anak sulungnya itu berpelukan.

Menurut Rita, dia mengakui sebak mengenangkan kehidupan bersama anaknya itu malah menyifatkan Rayyan adalah saksi jatuh bangun hidupnya ketika bergelar seorang isteri.

“Malam ni hati mommy tiba-tiba sebak sayu sangat, dah setahun Ryan belajar hidup berdikari jauh dari mommy. Setiap malam Ryan tak lupa telefon ucap ‘goodnight & i love u mommy’.

“Masa ni mommy tahan air mata dan tahan sakit. Sakitnya tak sesakit dikhianati dan ditinggalkan dulu. Kita tak pernah berenggang, kemana saja mommy bawa Ryan.

“Ryan anak yang banyak suka duka, banyak saksi kesedihan mommy.. Ryan yang banyak kena tempias, Ryan saksi segalanya,” tulis Rita di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Rita turut meluahkan rasa syukur apabila Rayyan sentiasa bersikap baik dan mendengar kata kepadanya.

“Alhamdulillah kamu membesar dengan penuh kelembutan dan kasih sayang dalam hati. Ryan anak yang sangat baik, tidak pernah sesekali tinggi suara pada mommy, patuh setiap kata-kata mommy.

“Maafkan mommy, mommy banyak salah pada Ryan. Tapi percayalah, mommy buat semua ni ada sebab. Hanya Tuhan saja yang tahu.

“Mommy doakan Ryan jadi seorang lelaki yang penuh belas kasihan, kelembutan dan kasih sayang dalam diri,” katanya lagi.

Tambah pelakon drama Shah Alam 40000 itu lagi dia berpesan kepada anaknya agar tidak merisaukan dirinya.

“Mommy berkorban berjauhan dari Ryan kerana mommy percaya ada yang terbaik menanti Ryan. Jangan risau pasal mommy, mommy dah biasa berkorban.

“Pernah berkorban hidup mommy untuk kebahagiaan orang lain, untuk puaskan hati orang lain demi pertahankan kamu, Ryan dan adik.

“Tapi Allah kurniakan anak yang baik, Ryan dan adik untuk jahit luka dan koyak di hati mommy. Terima kasih,” tambahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Untuk rekod, Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 namun bercerai pada 2013.

Hasil perkongsian hidup, Rita dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14 dan Airit Qaqa Arjuna, 12.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Dapat Anugerah Pengetua Dengan Pointer Tinggi, Rita Rudaini Anggap Sebagai Hadiah ‘Birthday’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Dikritik Gemuk Punca Dini Schatzmann Lari, Janna Nick Terus Bersenam! – “Kita Ni Jenis Cepat Kembang Kecut..”

Jahatnya mulut!! Kesian Janna.. Dah nak masuk 2023 ni gais berhentilah bodyshaming 😌

Featured Sun, 5 Aug 2018

Pecah Stereotaip, Nurul Zuriantie Shamsul Juara Di Hati Rakyat Malaysia

Biarpun gagal meraih gelaran juara pengalaman itu menjadi momen terindah bagi Nurul.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Peguam Sahkan Rihana Oksana Sudah Cerai

Koh Tien Hua hari ini membuat pengesahan mengenai cerai talak tiga Sultan Kelantan ke atas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko.

Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Fri, 28 Dec 2018

Panas! Alicia Amin Tak Berbaju Lagi?

Teruk sangat ke gambar bogel Alicia ni?

Trending Thu, 14 Feb 2019

Suhaimi Saad is Now an Astronomer?!

Maybe we should stick to the facts…?

Selebriti Fri, 22 Sep 2023