Hiburan By: SGMS Faida August 29, 2019 @ 1:48pm

Dakwaan Obses Dengan Anak…Apa Jawab Siti Nurhaliza?

Gara-gara sering memuatnaik gambar dar video anak di laman sosial media, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ditegur netizen yang mendakwa dirinya obses dengan anak, Siti Aafiyah Khalid.

Kata Siti, dia tidak kisah dengan kata-kata netizen kerana sebolehnya dia tidak mahu ketinggalan untuk mengabadikan saat-saat indah melihat Aafiyah membesar.

“Tidak ada istilah obses terhadap anak sebenarnya. Lagipun jika saya obses dengan Siti Aafiyah pun tidak mengapa kerana saya menunggu kehadirannya selama 11 tahun,” katanya kepada Harian Metro. 

Siti berkata, bukan selalu dia memuat naik foto dan video berkaitan anaknya di Instagram miliknya yang kini mempunyai 6.6 juta pengikut.

Tambah pelantun Anta Permana ini, dengan jadual seninya yang padat dengan pelbagai urusan kerja, dia meminta minta pengasuh Aafiyah merakam video aktiviti dia di rumah.

Siti berkata, netizen yang mendakwa dia sangat obses dengan anaknya mungkin lebih bernasib baik dan dikurniakan rezeki memiliki ramai anak.

“Apapun, sebagai selebriti dikenali masyarakat, saya sudah lali dengan segala kecaman sedemikian. Pada saya, perkara ini biasa dan tidak boleh dielak,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Siti turut mengajak orang ramai menyertai program Kayuhan Wanita 2019 Galak Hidup Sihat yang akan berlangsung pada 26 Oktober ini di Putrajaya.

Sumber gambar: Instagram @ctdk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 19 Aug 2021

Masih Bertarung Dengan COVID-19, Fazli Zainal Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi, Fazli Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang akibat positif COVID-19. Terbaru, menerusi laman Instagram, Fazli berkongsi tahap kesihatan semasanya. “Alhamdulillah beransur pulih & nampak progress. Sabar ye […]

Events Thu, 7 Mar 2019
Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Lamanya Najwa Latif ‘Peram’ Lagu?

Makesure dengar tau lagu ni!

Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Featured Thu, 25 Aug 2022