Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 31, 2023 @ 3:55pm

“Dapat Kereta Apa Pun Saya Gembira, Benda Percuma Kot!” – Bell Ngasri Akhirnya Miliki Kereta Mini Cooper Bernilai RM200,000

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) Bell Ngasri gembira apabila menerima hadiah sebuah kereta pacuan empat roda jenis Mini Cooper bernilai RM200,000.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Bell memaklumkan dia gembira apabila menerima hadiah kereta apatah lagi ia diberikan secara percuma oleh pihak DTC Motor pada Isnin.

“Alhamdulillah, saya dah cakap dapat kereta apa pun dah tentu saya seronok, benda percuma kot,” katanya.

Gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan, Bell atau nama penuhnya Ngasrizal Ngasri, 43, memaklumkan, kereta tersebut merupakan kereta idamannya selama ini.

“Alhamdulillah, kereta yang saya idamkan selama ni, seat pun yang saya suka. Memang saya suka sangat. Allahuakbar!

“Saya sebenarnya tak ada nak prepare ucapan ke apa, sebab saya tak tahu sebab ini kali pertama saya dapat kereta dan sebesar ini. Dan anugerah ABPBH 35 ini adlaah anugerah terbesar.

“Masa saya datang ke hotfm saya sekadar di interview bila dah jadi pemenang ABPBH 35. Saya memang tak ada minta kereta.

“Entah macam mana tiba-tiba rezeki datang tajaan dari DTC Motors alhamdulillah… syukur. Saya sendiri terkejut bila diumumkan akan dapat kereta sebab saya antara artis yang selalu kena scam. 

“Jadi, alhamdulillah saya dapatlah kereta yang anda dapat lihat sekarang ini,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DTC Motors Sdn Bhd (@dtcmotors)

 

Bell berkongsi perasaan terujanya itu semasa penyerahan kereta yang berlangsung di DTC Motors bertempat di Ampang, Kuala Lumpur.

Sekadar info, pada 21 Julai lalu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popula ABPBH 35 selain memenangi kategori Artis Komedi Popular pada malam tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Jul 2018

Authorities Can Track You Down Just for Watching Porn

They might be watching us while we fap :O

Hiburan Thu, 15 Feb 2024
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Berlakon Bersama? Amar Baharin Letak Syarat!

Sukar sebenarnya untuk menjayakan watak sebagai suami isteri.

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Status Terkini Cetus Tanda Tanya, Netizen Syak View Chin Tukar Agama? – “Assalamualaikum Semua”

Kalau betul, Alhamdulillah. View Chin nak kahwin dengan Mira kot?

Trending Fri, 5 Apr 2019

Misi Pencarian Ashraf ‘Acap’, Ustaz Ini Kongsi ‘Laluan’ Kini Dibuka!

Menerusi perkongsian Ustaz Norazri di laman Facebook beliau, laluan ke alam ghaib dipercayai tempat di mana Acap berada kini telah dibuka. 

Featured Thu, 21 May 2020
Featured Thu, 5 Mar 2026

“Bab Resepi Pun Boleh Gaduh, Makanan Ni Seni Tak Ada Betul Atau Salah” – Zara Zya

Kata Zara, keenakan masakan seseorang adalah subjektif. Ini kerana ia boleh berubah mengikut tempat dan selera.

error: Content is protected !!