“Dari Dulu Lagi Kau Kekwat!” – Kesal Dengan Sikap Biadap, Noorkhiriah ‘Sound’ Pelakon Baharu?

Baru-baru ini, pelakon Noorkhiriah memuat naik sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS) meluahkan mengenai sikap seorang pelakon yang dikatakan tidak hormat kepada pelakon senior.

Menerusi hantaran tersebut, Noorkhiriah menyatakan bahawa pelakon tersebut sudah lama bersikap sedemikian.

Jelas Noorkhiriah, dia bukan minta untuk disanjung namun cukup sekadar dengan menunduk tanda hormat kerana dia sendiri tidak akan bersalam dengan lelaki.

“Akak memang dah tak sefemes kau dik… tapi harus diingat, bumi ini bulat. Mungkin kau baik dengan fan (peminat) tapi kau tak hormat senior.

“Akak jarang nak up benda-benda macam ini tapi cukup sekadar tunduk… tanda hormat, akak pun memang tak salam dengan lelaki jangan risau.

“Dari dulu lagi kau memang kekwat… beza betul pelakon dulu dengan sekarang.

“Adab dan akhlak penting. Akak tak ada kepentingan sebab itu hilang hormat, cuba akak Producer,” luahnya.

Tambah, pelakon drama Nur itu berpendapat bahawa mempunyai adab dan akhlak lebih penting daripada tidak cukup makan kerana ia akan dibawa sampai mati.

“Tak apalah akak maafkan hati akak sendiri, mungkin hati akak jahat fikir macam itu. Biarlah orang buat kita… jangan kita buat orang.

“Kadang-kadang biar tak cukup makan, jangan tak cukup adab. Pengajaran buat akak untuk didik anak-anak jangan jadi macam itu.

“Tak payah hormat sampai sembam muka ke bumi… cukup dengan HORMAT. Zaman ini bukan zaman akak lagi tapi ADAB & AKHLAK akak bawa sampai ke mati,” katanya.

Sekadar info, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, turut melakukan kerja amal menguruskan jenazah secara percuma bersama suaminya, Azfaizul Ahtan di bawah Pertubuhan Amal Nur By Khiriah sejak dua tahun lalu.

Atiqah Johari