Rosyam Nor Terkejut Pasaraya Terima Sambutan Luar Biasa

Dari dunia lakonan kini ke dunia perniagaan, Datuk Rosyam Nor memaklumkan dia tidak menyangka dengan sambutan orang ramai di pasaraya St Rosyam Mart.

Beliau yang ditemui di majlis SALE-A BRATION ST Rosyam Mart, Taman Setiawangsa memberitahu beliau amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan.

“ Melihat hampir 5000 pengunjung yang datang, macam tak percaya. Saya sendiri terkejut dengan sokongan mereka dan saya sangat bersyukur.

“ Saya berharap sokongan anda terutama peminat di luar sana tidak berhenti di sini,” katanya dalam nada gembira.

Ketika disoal media sama ada akan meninggalkan dunia lakonan memandangkan kesibukan beliau di pasaraya berkenaan, Rosyam menegaskan dia tidak akan bersara.

“ Saya bermula sebagai pelakon. Sudah 36 tahun saya berlakon dan saya tidak akan berhenti.

“ Rasanya kalau tak ada lakonan, saya tak akan jadi diri saya sekarang.

“Saya tidak akan lupakan dunia lakonan kerana itulah titik permulaan saya,” katanya.

Rosyan akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selagi orang memerlukan khidmatnya.

Dalam perkembangan lain, Rosyam memaklumkan tiga filem lakonannya sudah pun siap dan akan ditayangkan tahun hadapan.

Good Luck Datuk Rosyam, semoga kejayaan terus menjadi milik datuk sekeluarga. Insya Allah! 

SGMS Faida