Featured By: Salma Syahbuddin February 2, 2023 @ 2:16pm

Dedah Bukti Perbualan, Simpan Nama ‘Sophia B**sia’ Di WhatsApp… Netizen Tuduh Bella Astillah ‘Over’

Kontroversi rumah tangga antara pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah semakin hangat diperkatakan lebih-lebih lagi apabila rakan heroinnya, Sofia Albarakbah tidak hadir pada sidang media drama terbaharu mereka berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ pada Rabu atas alasan kerja.

Malah, keadaan menjadi lebih panas selepas Bella tampil mendedahkan bukti tangkap layar perbualan WhatsApp antara dirinya dan Sofia.

“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang PC? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi saya lah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul. 

“Kenapa saya berani bagi statement sebab ia sahih. Saya tiada plan nak bagi apa-apa statement dah tapi bila saya tengok Sophia pun bagi statement konon tak nak involve satu Malaysia. 

“Tapi inilah sebabnya dia tak nak involve satu Malaysia,” katanya.

Turut menarik perhatian apabila Bella menyimpan nama Sophia sebagai ‘Sophia B**sia’.

Terbaharu, berdasarkan pemerhatian di ruangan komen portal hiburan XTRA, rata-rata netizen tampil menegur tindakan Bella yang dianggap ‘over’  dan  membuka pekung suami sendiri.

Bahkan, ada yang memintanya untuk menjaga aib dengan menyelesaikan masalah dengan cara baik dan profesional.

 

Namun, terdapat juga  segelintir netizen yang berpendapat, tujuan Bella mendedahkan perbualan tersebut bukanlah sengaja mahu meraih perhatian atau publisiti apatah lagi  mahu membuka aib suami melainkan mahu menunjukkan bukti bahawa wanita ‘penyondol’ yang dimaksudkannya sebelum ini adalah Sofia.

Terdahulu, Sofia tampil memberi kenyataan melalui pesanan mesej dengan berkata dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan berkaitan kontroversi tersebut buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

ARTIKEL BERKAITAN:Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

ARTIKEL BERKAITAN:“I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Hiburan Sun, 5 Dec 2021

“Harap Tak Terkucil” – 3 Lagu Layak Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36, Haqiem Rusli Bakal Buat Terbaik… Risau Dengan Kesihatan

Penyanyi popular, Haqiem Rusli gembira apabila tiga lagunya, Mimpi, Adlina Marie dan Lara berjaya melayakkan diri ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36. Menurut Haqiem, dia akan memberikan persembahan terbaik biarpun harus membahagikan fokus terhadap dua

Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Bakal Bertunang, Kali Ini Joy Revfa Pilih Pelakon

Dah ‘terjodoh’, nak buat macam mana.

LIFESTYLE Sat, 29 Dec 2018

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Ini

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Elak Anak Jatuh Sakit

Trending Tue, 24 Apr 2018

Here’s How You Can Know Everything Important About GE14

Election day is coming up but there’s so many things to know and learn about it. Here’s how you can follow every single detail of GE14.

Featured Wed, 27 Oct 2021

Gara-Gara Enggan Pakai ‘Mask’, Wanita Warga Asing Tak Dibenarkan Masuk Butik Mewah.. Netizen Pun Turut Naik Hantu!

Gara-gara tidak memakai pelitup muka, seorang wanita warga asing mengamuk di sebuah butik jenama mewah selepas dilarang memasuki premis itu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Malah, beberapa petugas butik itu juga dilihat bertengkar

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Saya Bukan Bodoh! – Raja Ilya

Tambahnya lagi, sebagai seorang wanita islam yang masih mempunyai maruah, menolak tawaran itu merupakan jalan yang terbaik buat dirinya

| Live TV