Featured By: Aqilah Paharuzi May 9, 2022 @ 4:15pm

“Kenapa Perlu Tipu Pesakit Kronik Saya?” – Promosi Produk Kesihatan, Dr Rafidah Tegur Mawi

Pakar Perunding Perubatan dan Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil menegur penyanyi dan pengarah terkenal, Mawi kerana dikatakan membuat tindakan salah dalam mempromosikan produk kesihatan.

Kenyataan tersebut dimuat naik di akaun Twitter miliknya baru-baru ini telah meraih perhatian warga Twitter di mana rata-rata daripada mereka bersetuju dengan pendapat tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, Dr Rafidah berkongsi sebuah iklan produk minuman kesihatan yang dikatakan membantu dalam mengurangkan masalah buah pinggan, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol yang dipromosikan oleh Mawi.

Lebih menimbulkan amarah Dr Rafidah apabila kenyataan Mawi yang mengakui ada ahli keluarganya telah merasai perubahahan selepas meminum jus berkenaan adalah tidak benar dan salah di sisi undang-undang.

“Salam Mawi, kenapa perlu menipu pesakit-pesakit kronik saya? Perbuatan ini sudah salah dari segi Akta Iklan dan Ubat 1956.

“Tak payah nak cerita tentang kenyataan yang menipu dan menunggang agama!” tegasnya.

Dalam ciapan yang sama, Dr Rafidah turut mempertikaikan dan menganggap golongan selebriti tidak beretika kerana difahamkan sanggup menerima rezeki yang boleh memudaratkan orang lain.

“Adakah semua artis atau selebriti tidak beretika? Bukan dah ada panduan yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sediakan untuk selebriti.

“Silalah baca betul-betul. Cukup-cukup menipu orang tua, cukup-cukuplah,” tulisnya.

Ciapan tersebut turut dipersetujui oleh seorang pengguna Twitter yang menyifatkan masyarakat pada zaman ini lebih mudah percaya pada selebriti yang ‘kononnya’ mengamalkan ubat sedemikian.

“Seperkara tentang orang kita, apa artis atau pempengaruh jual, cepat saja orang percaya. Tapi bila suruh pergi jumpa doktor, dikatanya pula doktor itu bukan tuhan. Iyalah labu,” sindir seorang pengguna di Twitter.

Terdahulu, Mawi muncul dalam sebuah video yang memaparkan kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggan dan masalah kronik lain.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter tampil mendedahkan keadan neneknya semakin kritikal setelah menggunakan produk berkenaan.

“Nenek saya pun pernah minum jus ini. Kononnya elok untuk buah pinggang. Sekarang dah sakit buah pinggang tahap empat,”komen seorang pengguna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Nov 2018

Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Wow!

Neelofa ajar Bella cara makan nasi lemak!

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Ayda Jebat Bakal Catat Nama Dalam Malaysia Book Of Record?

Cayalah Ayda Jebat! Kelab peminat AJ’S nanti jangan lupa penuhkan kapal terbang okay!

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Program TV Mon, 4 May 2020

‘HeroKu’ Bawa Penonton Selami Pengorbanan ‘Frontliners’

Jangan ketinggalan untuk tonton HeroKu gais!

Featured Tue, 21 Sep 2021
Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Siti Saleha Jawab Isu Anak?

Bagi pasangan yang diijabkabulkan pada 28 Julai 2017 ini, mereka tidak pernah merancang untuk mempunyai anak. Tetapi berharap sekiranya dikurniakan zuriat, mereka akan menerima dengan hati yang terbuka

| Live TV

error: Content is protected !!