Trending By: Syamir Shafie December 28, 2023 @ 12:17pm

Wanita Pekak Bisu Dir*gol Secara Berkumpulan, Dua Warga Myanmar Bernafsu Binatang Dipenjara 13 Tahun

Seorang wanita kurang upaya (OKU) kategori pendengaran dan bisu berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila dijadikan pemuas nafsu kepada dua orang lelaki warga Myanmar.

Perbuatan terkutuk itu dilaporkan berlaku di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu jam 7.30 malam pada 11 November 2020.

Menurut laporan Berita Harian, tertuduh, Akramullah Jamal Hussein, 26, dan Shunamiya Abdul Salam, 39, mengaku salah terhadap jenayah seksual yang dilakukan

Sehubungan itu, Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas mereka berdua di Mahkamah Sesyen semalam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara berkumpulan bersama-sama merogol mangsa yang berusia 23 tahun sewaktu kejadian itu berlaku.

Berpandukan Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan, kedua-dua orang pelaku bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Usai sahaja pengakuan bersalah mereka direkodkan, mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap, iaitu pada 12 dan 13 November 2020.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 9 Dec 2020
Featured Sun, 20 Mar 2022

“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

Menurut Umie Aida, kakaknya Erma Fatima selaku penerbit drama ini mengakui dia berasa sangat bimbang berhubung babak intim yang dimuat naik tanpa keizinannya.

Trending Mon, 16 Apr 2018

Polis Terima Laporan Mangsa ‘Samseng’ Sekolah

Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini…Jangan buat andaian bukan-bukan ya lepasni!

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Meer Nash Nyanyi Semula Lagu Imran Ajmain

Lagu berhantu Seribu Tahun dendangan Imran Ajmain sudah berusia lebih sedekad. Malah hingga kini lagu yang pernah menjadi runut bunyi drama Kerana Cintaku Saerah di TV3 itu boleh dianggap malar segar. Pendek kata irama lagu […]

Hiburan Wed, 28 Jun 2023
Trending Mon, 30 Jul 2018

Bekas Mak Nyah Berhijrah Cari Jodoh Usahawan

Mohd Khariri berkata dia kini dilantik sebagai pembantu mutawif oleh sebuah agensi pelancongan untuk membimbing mana-mana golongan transgender yang berhasrat menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Featured Wed, 21 Jun 2023