Hiburan By: Maya Basir November 29, 2023 @ 7:13pm

Dedah Ingatan Pernah Terganggu Sampai Tak Kenal Isteri, Mawi Amalkan Minta Maaf Kepada Ekin Sebelum Tidur

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi memberitahu sudah menjadi kebiasaan buat dirinya memohon maaf kepada isteri iaitu Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin pada setiap malam sebelum tidur meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan.

Memetik laporan Utusan, amalan tersebut merupakan caranya untuk mengharga isteri yang setia bersama dan menjaganya semasa menghidap penyakit misteri beberapa tahun lalu.

Berkongsi detik sukar yang dilalui pada tahun 2013, Mawi dedah dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatakan menyebabkan menyepi dari industri seni selama lima tahun.

“Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya.

“Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.

“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.

Menurut pelantun lagu Aduh Saliha ini, dia percaya sakit misteri itu merupakan ujian yang menguatkan lagi cintanya kepada isteri.

“Selepas saya sembuh, cinta dan sayang saya kepada isteri bertambah. Sebelum ini bukannya saya tak cinta, cuma selepas sakit dan melihat perjuangan Ekin, saya semakin menghargainya.

“Walau tidak melakukan apa-apa kesalahan, saya akan minta maaf kepada Ekin setiap malam. Dia juga melakukan perkara yang sama.

“Peristiwa lalu juga mengajarkan saya dan Ekin untuk berhati-hati. Dia juga yang siapkan bekal dan air untuk saya setiap hari sebelum bekerja,” ujarnya.

Untuk rekod, Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cahaya Malaika yang kini berusia 11 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Aug 2019

Dakwaan Pinjam Duit…Ini Komen ‘Ibu’!

Ish siapa punya kerja lah ni!

Trending Sat, 20 Feb 2021

PdPR Menerusi DidikTV, Adakah Ia Membantu? Ini Komen Guru-Guru

DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan inisiatif yang baik dalam sistem pendidikan negara dan berfungsi sebagai platform penting bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Program pendidikan maya melangkaui bilik darjah menerusi DidiKTV KPM ini juga […]

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Mon, 11 Nov 2019

“Paling Saya Rindu Adalah Lakonan.” – Marsha Terkilan Kurang Tawaran Selepas Berkahwin

Menyanyi boleh, berlakon boleh, mengacara boleh…serba boleh!

Trending Sun, 22 Nov 2020

10 Tahun Menyepi, Malique Cetus Kejutan Dengan “Dipinggirkan”

Penyanyi rap Siqma berjaya mencuri perhatian pendengar muzik tempatan sehingga diberi jolokan ‘The New Malique’ oleh peminat selepas kemunculan lagu Cemas dan Salam 1001. Apatah lagi selepas Siqma muncul dengan single ketiganya ‘Raja Simurgh’ pada […]