Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 13, 2024 @ 3:51pm

Dedah Perangai Shuk Sahar, Iqram Dinzly Nasihat Jangan Percaya Fara Salleh – “Hati-Hati Dengan Wanita Akhir Zaman”

Pelakon, Iqram Dinzly tampil mempertahankan pelawak sensasi, Shuk Sahar selepas isterinya, Fara Salleh meluahkan rasa kesal berkahwin dengan selebriti itu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Iqram menyifatkan Shuk seorang yang gigih dalam mencari rezeki halal tanpa mengira masa dan tenaga, selain juga rajin membantu rakan-rakan dalam perniagaan.

“Sepanjang perkenalan saya dimana saya berniaga berkongsi booth dengan Shuk Sahar saya rasa beliau berhempas pulas meniaga tanpa kira masa, kudrat, dan ringan tulang tolong sahabat-sahabtnya menjual dan mengajar teknik perniagaan.

“Saya tak katakan Shuk itu malaikat. Cuma apa yang saya boleh katakan, Shuk usaha gigih dalam membangkitkan dirinya dengan membanting tulang empat kerat,” katanya.

Sementara itu, Iqram turut berharap agar ramai pihak tidak terus mempercayai sebulat-bulatnya kenyataan dianggap unsur fitnah didedahkan oleh Fara menerusi status di platform Threads miliknya, semalam.

“Dengan rasa simpati terhadap sahabat saya, Shuk Sahar.. Mohon jangan bulat-bulat percaya apa yang dilontarkan kata-kata oleh pasangannya dengan ayat yang mencurigakan.

“Ya manusia tidak lari buat kesilapan. Tapi kena ingat juga hati-hati dengan wanita akhir zaman,” katanya.

Shuk Sahar

Di akhir status itu, Iqram menzahirkan kata doa kepada Shuk dan teman hidupnya, Fara agar segala urusan membabitkan isu rumah tangga mereka akan dipermudahkan olehNya.

“Mohon masyarakat doakan supaya Shuk Sahar dengan pasangan dikurniakan lindungan dari fitnah dajjal serta reda dan rahmat Allah mengiringi perjalanan dan perjuangan meraka dalam berpasangan, kesihatan yang baik dan segala urusan dipermudahkan,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, industri hiburan dikejutkan dengan pendedahan isteri Shuk, Fara Salleh yang mengaku menyesal mendirikan rumah tangga bersama pelawak itu.

Menyifatkan Shuk seorang suami yang baran, Fara berkata sepanjang perkahwinan mereka dia berasa seperti dikongkong serta tidak diberi kebebasan.

Namun begitu, rakan baik Shuk menyelar kenyataan Fara yang dianggap memalukan suami sendiri.

Artikel Berkaitan: Kecewa Suami Lebih Pertahankan Rakan, Fara Salleh Cabar Shuk Sahar Lafaz Cerai? – “Kawan Dia Nganjing Aku Tapi Dia Halau Aku…”

Artikel Berkaitan: Tiada Jalan Penyelesaian… Mengaku Menyesal Kahwin! Fara Salleh Minta Cerai Dengan Shuk Sahar – “Penat Kena Kongkong, Buat Semua Kerja Lelaki… Rimas!”

Artikel Berkaitan: Didakwa Kaki Kongkong & Sebar Aib Isteri, Rakan Shuk Sahar Tampil Backup – “Paling Tersakiti! Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga

Featured Tue, 30 Sep 2025

“Buat Baik Dengan Orang Memang Bagus Tapi…”- Anzalna Nasir

Pelakon jelita Anzalna Nasir mengambil pendekatan untuk sentiasa berfikiran positif dan berbuat baik kepada orang lain.

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

古天乐对她17年如一日!宣萱:很开心走在一起

网民积极撮合,48岁古天乐坦承对宣萱17年情未变? !

Trending Tue, 23 Jan 2024

1,000 Masjid Musnah Dibom Tentera Isra*l

Allahu..terus berdoa semua, moga saudara-saudara kita di Gaza segera diselamatkan.

Hiburan Tue, 23 Apr 2024
Featured Tue, 1 Apr 2025
Featured Thu, 23 May 2024
Featured Wed, 1 Sep 2021

Bayaran BKC Dibayar Mulai 6 September, Semak Jumlah Bayaran Setiap Kategori

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang […]

error: Content is protected !!