Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 13, 2024 @ 7:21pm

Dedah Sudah Lama Kena Block Dengan Shuib & Wujud Perselisihan Faham, Rahim Mengaku Video ‘Petik’ Nama Bikin Terkilan

Pelawak dan penyampai radio, Rahim akhirnya tampil mengulas mengenai dakwaan video tular yang dibuat Shuib sebelum ini.

Katanya memetik laporan Harian Metro, dia tahu mengenai perkara itu daripada perkongsian orang ramai yang banyak bertanya mengenai masalah antara mereka.

Malah, lebih memeranjatkan, Rahim memaklumkan dia dan Shuib sudah lama tidak berhubung dek kerana sudah di sekat menerusi media sosial dan juga nombor telefon.

“Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena ‘block’ (sekat) dengannya (Shuib) di media sosial dan nombor telefon juga. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung.

“Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya,” katanya.

Mengulas lanjut, Rahim berkata dia berasa terkilan apabila masalah perselisihan faham yang berlaku antara mereka di canang di media sosial.

“Memang saya dan dia (Shuib) ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan,”  jelasnya.

Bagaimanapun, Rahim enggan mengulas lebih lanjut mengenai punca perselisihan yang berlaku kerana tidak mahu perkara itu mendapat perhatian umum.

Video dimuat naik bersifat general

Dalam pada itu, Rahim  mengaku video yang dimuat naiknya  sebelum ini beserta kapsyen berbunyi, ‘daripada join podcast, baik aku join potluck’ adalah bersifat umum.

Menurutnya, dia mendapati banyak mesej yang baik dikongsikan oleh wanita terbabit dalam hantaran video itu dan wajar untuk disebarkan sebagai pengajaran buat pengguna media sosial.

“Video yang saya muat naik itu bersifat ‘general’ (umum), di mana banyak mesej baik disampaikan itu bagus untuk dijadikan pengajaran untuk diri saya sendiri dan kita semua yang terdedah dengan pengaruh media sosial ketika ini.

“Memang banyak yang positif boleh kita ambil daripada video itu untuk dijadikan pengajaran pada diri agar tidak terikut dengan kategori orang disebutkan, terutama mereka yang ‘attention seeker’ atau laparkan perhatian,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tersenarai Antara Individu Yang Tidak Akan Diundang Dalam Podcast Shuib, Rahim Akhirnya Bersuara!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Netizen ‘Petik’ Nama Rahim Jadi Tetamu Dol’s Podcast, Ini Jawapan Shuib: “Terus Terang Ada 2 Nama Saya Tak Akan Panggil…”

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Minta Shuib Lebih Berilmiah, Henti Sebar Aib Dalam Dol’s Podcast

ARTIKLE BERKAITAN:Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Apr 2022

Ibu Achey Meninggal Dunia

Alfatihah.. Salam Takziah..

Hiburan Fri, 13 Dec 2019
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

“Bila Nak Kahwin Dayang?”

“Emak dan bapa pun tidak pernah mendesak untuk saya berkahwin,” jelas pemenang vokal terbaik AJL sebanyak tiga kali  berturut-turut ini.

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Keanu Reeves Makin Tua Makin Menjadi

Apakah agaknya plot The Matrix 4 ini? Hmmmmm

Hiburan Fri, 9 May 2025
Featured Tue, 6 May 2025

“Rasa Bersalah Saya Terlalu Dalam” – Umie Aida Dedah Scene ‘Tendang Kepala’ Iman Dalam ‘Keluarga Itu’ Idea Asal Rosyam Nor

Sebelum memulakan penggambaran, Rosyam akan mengingatkannya tentang peranan watak tersebut

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Penyanyi Ada Soul, Dia Umpama Berlian!” – ‘Hal Hebat’ Duet Govinda & Ernie Zakri Cetus Fenomena

Min harap lepas ni ada kolaborasi lagi antara Queen Ernie dengan Govinda ☺️☺️

error: Content is protected !!