Dem Lepak Boyz Lancar Single ‘Abang Datang’

Duo bertenaga dan penuh dinamik, Dem Lepak Boy (DLB) yang dianggotai dua penari berpengalaman, Zaidy dan Hazel terjun ke bidang nyanyian setelah menjadi naib juara program nyanyian rancangan realiti televisyen terkemuka.

Tampil dengan single pertama, duo hebat ini kongsi rasa syukur kepada pihak Rocketfuel Entertainment kerana memberi kepercayaan dan peluang untuk melebarkan bakat nyanyian mereka.

“Pihak Rocketfuel pada mulanya ada memberitahu kami tentang lagu baru yang telah disiapkan dan mahukan kami menyanyikannya. Kami agak terperanjat kerana ia berlaku dengan mengejut. Namun kesemuanya kami anggap sebagai rezeki,” jelas Hazel.

Single Abang Datang dalam genre pop hip-hop dengan elemen ‘trap’ yang mendapat sentuhan barisan komposer disegani iaitu Omar K, Iqie Hugh dan John Jeeves ini mengambil masa selama 3 minggu untuk disiapkan.

Abang Datang adalah sebuah lagu yang menceritakan tentang individu yang sering dipandang rendah atau remeh oleh masyarakat, namun mesej yang dibawakan mengajak agar semua bangkit dan menepis pandangan tersebut.

Lagu ‘Abang Datang’ oleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network. 

Aqilah Paharuzi