Categories: HiburanTrending

“See You In Court Ira Kaza… Memang Tak Ada Maruah Ke Hadap Suami Orang?” – Puteri Sarah Dedah Rumah Tangga Dengan Syamsul Yusof Diganggu Sejak 2019

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan dakwaan rumah tangganya dengan pengarah Syamsul Yusof diganggu oleh Ira Kaza yang merupakan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sudah empat tahun bersabar, Sarah meluahkan perkara terbabit di ruangan Instagram Story miliknya semalam.

Sarah juga mendedahkan sebelum ini dia pernah membuat laporan polis terhadap Ira dan bakal membawa perkara ini ke mahkamah.

Dakwa Sarah lagi, apabila dia berkongsi foto dengan Syamsul, Ira bertindak mengugut suaminya dan Sarah juga mendakwa Ira sudah mempunyai teman lelaki tetapi masih mahu mengejar suami orang.

Terdahulu, pernikahan pasangan selebriti yang mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 itu didakwa berantakan dan mendapat perhatian wargamaya.

Sebelum ini, Sarah pernah mengakui dia sudah tidak duduk sebumbung dengan pengarah KL Gangster itu dan mendakwa Syamsul tahu punca mengapa dirinya bersikap dingin.

Anak kepada penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam itu turut mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.

Padin