Demam Hampir Seminggu, Rupanya Aaisyah Kena Demam Campak!

Buah hati kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana (5 tahun) disahkan telah dijangkiti demam campak selepas beberapa hari menghidap demam panas sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. 

“Stress nak layan campak ni, tidur dulu lah #aaisyahdhiarana #chickenpox #2019,” kapsyen entri instagram di akaun Aaisyah. 

 

Di ruangan komen entri instagram tersebut, netizen berkongsi dengan Rozita Che Wan atau Che Ta petua-petua untuk menyembuhkan demam campak dan supaya tidak tinggal parut sambil mendoakan supaya Aaisyah cepat sembuh seperti sediakala. 

 

Untuk rekod, Che Ta (46 tahun) mendirikan rumahtangga dengan Zain Saidin, iaitu seorang pelakon dan adik kepada Sasha Saidin pada 2013. Aaisyah adalah satu-satunya anak kepada pasangan ini.  Melalui perkahwinan terdahulu, Che Ta mempunya dua orang anak lelaki bernama Ammar Affendy dan Aniq Ezra. 

 

Sumber foto: Instagram @aaisyahdhiarana111

 

Del14