Demi Anak, Sharnaaz Ahmad ‘Berkampung’ Di Hospital

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan berulang-alik ke hospital sepanjang bulan Ramadan ini.

Ini kerana anak lelakinya, Jebat Jayden sedang mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah saluran kencin, Urinary Tract Infection (UTI) sejak dari usia enam bulan.

“ Kalau ikutkan saya malas nak bercerita mengenai hal ini tetapi bila orang dah tanya, saya jawab. Jebat berulang-alik ke hospital sejak kebelakangan ini.

“ Insha Allah Khamis ini Jebat akan ke hospital untuk pemeriksaan saluran kencing. Saya bernasib baik kerana kakak merupakan seorang doktor dan dia banyak memberi nasihat tentang situasi anak,” katanya ketika ditemui di majlis buka puasa dan penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim anjuran Megapine Sdn Bhd, hari ini.

Kata pelakon berusia 34 tahun itu, dia dimakluman anaknya dimasukkan ke hospital ketika baru tiba di Kuala Kangsar atas urusan kerja

“ Selepas selesai sahaja urusan kerja di sana saya bergegas pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan Jebat.

“ Sebagai seorang bapa sudah tentu saya sedih melihat keadaan anak yang terpaksa berulang alik ke hospital dan menahan sakit. Doakan yang baik-baik untuk Jebat,” ujar Sharnaaz.

Sharnaaz berkahwin dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki bernama Jebat Jayden pada 30 Ogos tahun lalu.

SGMS Faida