Demi Bersihkan Jiwa, Lah Ahmad Bakal Berpuasa Sebelum ‘Pukau’ Peminat Menjelang Konsert Di Istana Budaya

Penyanyi terkenal, Lah Ahmad buat julung kalinya bakal mengadakan konsert solo pada 7 Oktober, di tempat berprestij Istana Budaya.

Istimewanya pada Konsert ‘Lah Ahmad Jatuh Cinta’ kali ini akan menggabungkan vokal bintang bersuara lemak merdu itu diiringi oleh Orkestra Simfoni Universiti Malaya.

Selain menampilkan sebanyak 21 lagu, Lah juga akan membuat beberapa kejutan serta menjemput penyanyi undangan yang pasti akan memukau semua penonton.

Penjualan tiket telah dilancarkan pada 25 Ogos lalu dan sebanyak 50% tiket sudah terjual.

Menceritakan mengenai persiapan menghampiri konsert itu, Lah berkata dia telah mengambil inisiatif untuk menjaga suara, serta lebih gemar untuk berpuasa.

“Dari segi persiapan, Alhamdulillah. Sama saja saya akan berpantang minum air sejuk, dan lebih selesa untuk berpuasa sebelum tarikh konsert.

“Bila berpuasa kita dapat cuci badan sendiri. Sebagai penyanyi, sudah pasti kita nak beri teknik penyampain nyamyian dalam keadaan bersih dan cantik,” katanya ketika ditemubual di majlis pelancaran konsert Lah Ahmad Jatuh Cinta di Ibu Kota, baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Lah berkata dari segi pemilihan lagu akan menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ terkenal seperti lagi Di Pintu Syurga milik Dayang Nurfaizah.

Selain itu, pelantun lagu popular Kau Tercipta ini juga bakal membawakan lagu-lagu hits daripada zamannya bersama kumpulan VE.

“Kali ini ada lebih ruang untuk explore lebih sikit, saya akan bawa cover songs, dan ada lagu yang tak pernah saya bawa selama 20 tahun.

“Insya-Allah, lagu-lagu itu akan disajikan dalam irama melodi lain. Dan semestinya lagu semasa era penghijrahan tidak akan saya lupakan,” tambahnya lagi.

Tiket-tiket boleh dibeli secara atas talian di ilassotickets.com

Kredit foto: Utusan Malaysia, Harian Metro

Aqilah Paharuzi