Hiburan By: Padin August 9, 2023 @ 5:12pm

DFP Persembahkan Konsert ‘The Music Of Stevie Wonder’ Oleh MPO Jazz Band & Friends, Bakal Tampilkan Aisha Retno & Syafiq Abdilah

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan sebuah konsert jazz bertemakan The Music of Stevie Wonder yang bakal dipersembahkan oleh MPO Jazz Band & Friends pada Sabtu, 9 September 2023 jam 8.30 malam.

Menyerlahkan lagi versatiliti melangkau muzik klasikal, ensemble jazz Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) sebelum ini pernah mempersembahkan konsert bernuansakan jazz seperti konsert All That Jazz (2013) dan siri MPO Happy Hour, dan berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dan luar negara seperti Elvira Arul, Atilia, Ruth Sahanaya, Laura Fygi dan Harry Connick Jr. Ini telah mengukuhkan keunggulan MPO sebagai orkestra yang amat versatil.

Dalam konsert ‘tribute’ untuk Stevie Wonder ini, MPO Jazz Band akan mempersonakan hadirin dengan lagu-lagu malar segar dari penyanyi dan komposer Amerika yang diakui sebagai artis berpengaruh dengan muzik yang melangkau genre. Wonder menjulang kejayaan gemilang pada era 1970-an melalui lagu-lagu seperti Superstition dan Songs in the Key of Life.

Kehebatan seni beliau mencapai tahap paling kemuncak pada tahun 1980-an melalui kolaborasi bersama Michael Jackson dan Paul McCartney. Salah seorang artis terlaris sepanjang masa (dengan jualan album melebihi 100 juta di seluruh dunia), Wonder telah memenangi 25 Anugerah Grammy dan satu Anugerah Academy, and telah diiktraf di Songwriters Hall of Fame.

MPO Jazz Band akan mempersembahkan lagu-lagu hit dari Wonder dalam interpretatsi jazz seperti Don’t You Worry ‘Bout A Thing, Send One Your Love, I Wish, Rocket Love, Part Time Lover, Contusion, Golden Lady dan Sir Duke.

Konsert ini bakal dipimpin oleh pengarah muzik Marques Young, yang juga pemain trombon MPO. Beliau mempunyai Bachelor’s Degree of Music dari The Juilliard School, New York, dan pernah membuat persembahan bersama the American Brass Quintet, Buffalo dan New York Philharmonic, Arkansas dan Charleston Symphony, dan Aspen Festival Orchestra.

Turut menyertai Young di pentas DFP nanti ialah vokalis bersuara lantang Aisha Retno dan penyanyi serta komposer Syafiq Abdilah. Bersama-sama MPO Jazz Band, kedua-dua artis akan mempersonakan hadirin dengan persembajan jazz yang segar.

Layari www.mpo.com.my untuk maklumat lanjut mengenai acara ini dan cara untuk membeli tiket.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Khas Buat Peminat, NOAH Bakal Adakan Konsert 11 November Ini!

Dah sedia ke nak serbu NOAH tu?? Tak sabar😆😆

Hiburan Tue, 7 May 2019

许佳麟获「点播率冠军」奖项!首踏足北京领奖与献唱

歌手Danny许佳麟凭着《国民幻想》夺得了第九届「流行 音乐全金榜年度盛典」点播率冠军奖项!

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Fesyen Marion Caunter Dan Anak-Anak Jadi Perhatian

kalau mampu apa salahnya…untungnya nasib badan.

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

‘Ya…Saya Dah Single’ – Azira Shafinaz

Tak apalah…kumbang bukan seekor. Ye tak?

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

陈慧琳《Be With You》MV拍到流两行眼泪

Kelly陈慧琳继《尾站天国》后,接力推出本年度第二主打《Be With You》,亲自上阵演出MV的她,极考内心戏拍到流两行眼泪。

Featured Sun, 2 Oct 2022

Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

MasyaAllah, comelnya Amir 🥰🥰 Copy paste Mira Filzah sangat nii 🤩🤩 Semoga membesar dengan sihat sayang ❤️

Events Thu, 5 Apr 2018

CJ WOW SHOP Sets New Sales Record During Biggest Home Shopping Carnival!

CJ WOW SHOP doubled their revenue in a single day.

Hiburan Tue, 24 Mar 2020

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Sentiasa setia bersama rangkaian televisyen dan digital kami untuk segala maklumat yang berkualiti dan pantas.