Hiburan By: Syafiqa Irdina March 24, 2020 @ 3:34pm

Susulan Arahan PKP, Kadar Tontonan Berita Televisyen Dan Digital Media Prima Catat Lonjakan Mendadak!

Umum mengetahui Malaysia kini sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ataupun Movement Control Order (MCO) yang telah berkuatkuasa secara rasminya pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Sehubungan itu, Media Prima Berhad tidak pernah lupa terhadap tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyalurkan info terkini dan saranan kerajaan menerusi rangkaian televisyen milik syarikat ini iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV dari semasa ke semasa. 

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, PKP yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu telah menjadikan peningkatan tontonan untuk televisyen dan juga digital milik MPB!

“Sebagai bukti kebanyakan rakyat Malaysia akur tinggal di rumah masing-masing, stesen TV di bawah naungan Media Prima telah mencatat peningkatan tontonan di mana Buletin Utama di TV3 sahaja telah mencatat peningkatan 53%.

Malahan 8TV Midday Mandarin dan ntv7 Mandarin 7 turut memecah rekod masing-masing.

Jumlah tontonan digital di laman sosial Facebook dan YouTube dari 16 hingga 18 Mac mencatatkan 13.1 juta tontonan untuk Buletin Utama dan Buletin 1.30, 6.8 juta tontonan untuk 8TV Mandarin News dan 8TV Midday Mandarin manakala 4.6 juta tontonan untuk ntv7 Mandarin 7,” kata Johan Ishak.

 

 

TV3, 8TV & ntv7 Catat Peningkatan Mendadak!

Untuk TV3, Buletin Utama telah mencatat jumlah penonton sebanyak 3.44 juta dengan 42.3% syer penonton pada 18 Mac 2020. Kadar tontonan Buletin Utama menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 53%. Slot berita pada waktu tengah hari iaitu Buletin 1.30 juga meningkat kepada 1.4 juta penonton pada hari tersebut.

Untuk 8TV Mandarin News, kadar tontonan bagi penonton Cina 4+ telah meningkat sebanyak 45% dengan catatan 1.1 juta penonton dan 59.3% syer penonton. 8TV Midday Mandarin juga pecah rekod dengan jumlah penonton paling tinggi iaitu 617,000 penonton dengan syer penonton sebanyak 60% pada hari yang sama.

Manakala Mandarin 7 (ntv7) juga mencatat kadar tontonan tertinggi pada 564,000 penonton ataupun 49% syer penonton Cina pada waktu petang. 

 

 

Jumlah Penonton

Peningkatan mendadak menerusi laporan yang diterima daripada Nielsen Audience Measurement yang diperolehi pada 18 Mac 2020 menerusi program-program berita adalah seperti berikut:

TV3 Buletin Utama: 3.44 juta penonton

TV3 Buletin 1.30: 1.4 juta penonton

8TV Mandarin News: 1.1 juta penonton

8TV Midday Mandarin: 617 ribu penonton 

ntv7 Mandarin 7: 564 ribu penonton 

Untuk maklumat dan perkembangan terkini, penonton bolehlah merujuk laman media sosial kami di Facebook/Instagram/Twitter @TV3Malaysia @TV9Malaysia @ntv7malaysia dan juga Facebook 8TV @badukongjian serta Instagram@8TVChinese.  okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Jan 2024

Pernah Merajuk Dengan Industri Seni, Nadiya Nisaa Mahu Undur Diri? Mujur Rakan Artis Beri Teguran & Hadiahkan Karya Menarik

Alaa… janganlah undur diri, peminat ramai tau yang suka tengok Nadiya berlakon!

Hiburan Fri, 6 Jul 2018

Lagu “Police Entry” Tuju Untuk Lelaki Penipu?

Penyanyi ini pernah bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan hubungan mereka putus di tengah jalan angkara orang ketiga.  

Hiburan Tue, 11 Sep 2018
Hiburan Sun, 12 Nov 2023
Hiburan Sun, 29 Dec 2019

Diam-Diam, Isyana Sarasvati Rupanya Sudah Bertunang…

Selamat bertunang Isyana, semoga hubungannya lancar terus!

Featured Wed, 12 Oct 2022

[VIDEO] Individu Dakwa ‘Bandana’ Mirip Tanda Salib, Peminat Backup Anna Jobling

Ada bunga putih la gaisss, bukan tanda salib tu. Tapi comel ek Anna menari hee 🥰🥰

Trending Thu, 20 May 2021

Walau Tak Dapat Pulang Ke Kampung, Fattah Amin Teruja Sambut Raya Dengan Fatima

Pelakon popular, Fattah Amin meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dalam kesederhanaan meskipun aktiviti ziarah rumah ke rumah tidak dibenarkan tahun ini. Menurut suami kepada aktres Nur Fazura ini, dia dan isteri bersemangat […]

TECH Tue, 13 Nov 2018

Tips Memilih Portable Hard Disk yang Tahan Lasak, Berkualiti dan Menjimatkan Wang Anda

Penggunaan ‘hard disk’ amat terkenal pada abad ini. Banyak perkara yang perlu anda ketahui jika anda ingin membeli ‘hard disk’.