“Dia Masih Isteri Saya” – Hampir 3 Tahun Berdepan Krisis, Musa Hassan Jelas Sudah 6 Bulan Tidak Sebumbung

Sejak kebelakangan ini, heboh di media sosial mengenai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memukul isteri keduanya apabila beberapa buah video individu mirip sepertinya tular.

Sehubungan itu, dia menyatakan bahawa insiden yang tular tersebut akan diserahkan kepada Mahkamah Syariah tanpa memaklumkan secara terperinci.

Memetik laporan Sinar Harian, Musa menegaskan bahawa dia memegang prinsip untuk tidak mengaibkan sesiapa termasuk isterinya itu.

“Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia.

“Ini berkaitan masalah rumah tangga, dia masih isteri saya dan saya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan dengan isteri saya ke Mahkamah Syariah.

“Saya serahkan kepada peguam, saya lebih selesa proses keadilan perlu melalui undang-undang dan mahkamah,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, dia mengakui berdepan dengan krisis rumah tangga yang telah berpanjangan hampir tiga tahun malah sudah tidak tinggal bersama sejak enam bulan lalu.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak perlu saya memberikan penerangan kepada media tentang apa yang berlaku.

“Saya tak mahu beri keterangan lanjut memandangkan laporan yang dibuat oleh saya dan pihak isteri telah disebarkan. Jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: Gaduh Isu Nafkah & Harta, Bekas Pegawai Kanan Polis Didakwa Pukul Isteri Kedua Di Kepala?

Artikel Berkaitan: Musa Hassan Kongsi Ciri & Tabiat Isteri Derhaka

Artikel Berkaitan: “Masalah Privasi Keluarga, Jangan Ada Masuk Campur!” – Musa Hassan Bagi ‘Warning’, Individu Sebar Spekulasi Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Sumber: Sinar Harian

Atiqah Johari