‘ Dia Mengaku Kecil Hati Tapi…’ Wany Hasrita Perjelas Isu Duet Tak Relevan

Penyanyi Wany Hasrita menafikan berselisih faham dengan rakan duetnya, Tajul gara-gara kenyataannya sebelum ini.

Bintang Paling Popular 2018 yang ketika ditemui di acara pencarian gadis Panca 2018 baru-baru ini berkata kenyataan itu mungkin disalah erti walhal dia tidak bermaksud demikian.

“ Mungkin kami perlu berehat sekejap dari menghasilkan lagu duet bersama. Bukan maksud saya tak relevan yang tak boleh menyanyi bersama lagi.

“ Kami perlu mencari material yang easy listening. Kami pun masih hijau dalam dunia seni dan masih bereksperimen,” katanya kepada xtra.com.

Sementara itu, Wany mengaku ada bertemu dengan Tajul dan bertanyakan akan hal ini.

“ Dia ada mengaku kecil hati dengan kenyataan itu. Saya tahu dia agak sensitif orangnya dan saya tahu nak ambil hati dia kembali bagaimana.

“ Saya ada beritahu dia kita kena ambil kira pandangan dan penerimaan pendengar sekarang. Kami memang dah berbincang dan dia dah okay sekarang.

“ Jangan salah faham, bukan tak mahu berduet bersama lagi pada masa akan datang cuma berehat sekejap. Ada material yang baik, kita akan bekerjasama lagi. Insya Allah,” akhirinya.

SGMS Faida