‘Dia Tak Tahu Sebelah Dia Tu Bakal Suami’- Fahrin Ahmad Kongsi Gambar Lama Dengan Isteri

Bermula dari perkenalan di kolej sekitar 20 tahun lalu, pelakon Fahrin Ahmad mendedahkan isterinya, Elena Hanis Eleas pada mulanya ‘jual mahal’.

Menurut Fahrin, dia dan isterinya merupakan satu ‘batchmate’ di kolej namun mereka tidak pernah berkawan.

“Epic! 20 tahun lampau – masa ni @elenaeleas poyo jual mahal, dia tak tau yang sebelah dia tu bakal suami dia 17 tahun kemudian.

“Ni lah namanya jodoh pernah melintas depan mata..

“Matriculation Dinner Night ITM Shah Alam & both of us won best dress male & female that day.

“We are no fren, just batch mate. Jangan main-main kain samping senteng you all,” tulis Fahrin.

Di samping itu, Elena turut memuat naik foto yang sama bersempena sambutan hari kelahiran Fahrin yang ke-40 serta ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

“Happy 40th birthday to the handsome man in blue @fahrinahmad_fa. I love you.

“Picture taken during our law faculty dinner 20 years ago. My classmate and I.

“Sayang, kenapa you nak ambik gambar dengan I masa ni? I tak friend you pun. Takpe la.

“And happy 4th anniversary to us!!! Love you sayang so so much,” tulisnya.

Fahrin dan Elena berkahwin pada Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel pada 29 September 2016.

SGMS Enal