Diam-Diam, Isyana Sarasvati Rupanya Sudah Bertunang…

Penyanyi Isyana Sarasvati selamat bertunang dengan jejaka bernama Rayhan Maditra, hari ini.

Berita ini dikongsi menerusi Instagram The Bride Story yang dilantik sebagai perancang majlis rasmi pertunangan Isyana.

Difahamkan, majlis pertunangan diadakan di kediaman Isyana yang dihadiri oleh keluarga sahaja.

Dalam majlis berkenaan, Isyana kelihatan menyarungkan busana kebaya berwarna peach. 

Sementara itu, Isyana turut dilaporkan akan berkahwin pada tahun hadapan. 

Menjengah komen daripada para peminatnya, Isyana dan Rayhan dikhabarkan sudah 12 tahun bercinta namun memilih untuk tidak pernah mempamerkan hubungan mereka kepada umum. 

SGMS Faida