Diana Danielle Dan Farid Kamil Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ketujuh!

Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2019, Datin Diana Danielle terlalu sibuk sehingga terlupa sambutan  ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama suami, pelakon Datuk Farid Kamil.

“Selamat ulangtahun ketujuh! Sebenarnya dah seminggu lepas tapi kami berdua boleh lupa pulak sampai lah kawan-kawan ‘tag’ kami kat instagram. 

“Anda boleh ambil apa saja dari kami tapi anda tak boleh ambil rasa cinta saya pada manusia ini @faridkamilz. 

“Seorang yang ringkas dan sederhana dengan kehendak yang ringkas dan personaliti pendiam tetapi sangat bertenaga! Seperti kuda! Saya cinta awak horsie. Saya tak minta apa-apa cuma teruskan kerja keras yang awak dah buat tahun ini.

“Sangat bangga dengan diri awak kini dan selamanya. Terima kasih kerana menjadi pasangan hidup saya,”ucap Diana di dalam kapsyen entri instagramnya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata- rata netizen mendoakan pasangan  ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. 

Pasangan Farid dan Diana mendirikan rumahtangga pada 3 November 2012 dan mempunyai sepasang cahaya mata, Muhammad (6) dan Aurora (4).

Del14