Categories: HiburanTrending

Dianggap Memalukan AIM23 Kerana Miming, Janna Nick Mohon Maaf

Penyanyi dan pelakon Janna Nick memohon maaf kerana dianggap memalukan pentas berprestij Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) dengan ‘miming’ ketika menyampaikan lagu Gatal pada Ahad.

Menerusi hantaran di Instagram, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 27, mendedahkan kesihatan dirinya terganggu sejak dua minggu lalu.

“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 kerana miming di pentas anugerah berprestij.

“Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.

“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu. Kesihatan saya amat terganggu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah aktres Leftenan Zana ini, dia sedar pilihannya untuk meneruskan persembahan di pentas AIM23 memakan diri.

“Saya meneruskan penggambaran Melastik Ke Hatimu 2, kerja-kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun telah dinasihati oleh doktor untuk berehat.

“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih kepada Warner Music Malaysia, Efry Arwis, Sabrina Azman sebab sama-sama berusaha untuk kembalikan suara saya. Segala kesulitan amat saya kesali,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Janna menerima kritikan hebat daripada netizen kerana ‘miming’ ketika menyampaikan lagu Gatal di pentas AIM 23.

Padin