Dicurangi 4 Kali, Mahalini Dedah Pernah Ditendang Bekas Teman Lelaki

Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini mendedahkan pernah terlibat dengan percintaan toksik sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi, Rizky Febian.

Menerusi perkongsian di podcast bersama Denny Sumargo di Youtube, Mahalini mengakui pernah ditendang dan didera bekas teman lelaki.

Malah, dia pernah menjadi mangsa ‘body shaming’ lelaki itu semasa memasuki pertandingan Indonesian Idol.

“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.

“Jadi waktu di Idol itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku dan dia kata aku gemuk,” ujarnya.

Untuk rekod, Mahalini mengikat tali pertunangan dengan Rizky pada 8 Mei lalu selepas setahun bercinta.

Meskipun berbeza agama, namun hal itu tidak menjadi penghalang buat pasangan itu.

Maya Basir