Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 25, 2022 @ 8:13pm

Didakwa Hidap HPD, Caprice ‘Sound’ Individu Acah Doktor -“Saya Masih Waras Untuk Bantu Mangsa Pedofilia!”

Selepas didakwa menghidap penyakit gangguan personaliti oleh individu yang dikenali sebagai @xscout84 menerusi akaun tiktok, penyanyi rap Caprice tampil mempertahankan dirinya.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli berkata, dia masih waras dan sihat malah tidak memerlukan apa-apa rawatan seperti yang dicadangkan oleh individu berkenaan.

“Alhamdulillah Cap masih sihat dan masih boleh berfikir waras untuk bantu dan bela mangsa pedofilia.

“Doktor ini patut periksa otak geng-geng aib tu sama ada mereka okay ke atau tidak okay,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

Menurut Caprice, apa yang berlaku membabitkan dirinya sejak beberapa hari lalu turut mendapat sokongan yang positif dalam kalangan pengikut, terutamanya dalam membela nasib mangsa yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Minta Segera Jumpa Pakar, Individu Berpendapat Caprice Hidap ‘HPD’ – “Dia Tak Sedar Sebenarnya
”

Sebelum ini, individu berkenaan memberikan pendapatnya apabila meneliti sikap dan kelakuan Caprice selepas mendapat banyak pertanyaan mengenai penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu.

“Untuk kes yang ini, ada satu personality disorder yang kita boleh kaitkan dengan dia (Caprice) lah iaitu disebut sebagai Histrionic Personality Disorder.

“Sebenarnya benda ini masih dalam kajian ramai ahli-ahli psikologi tetapi sifat yang paling ketara dalam personality disorder ini adalah keinginan individu tersebut untuk berada dalam ‘center of attention’,” katanya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang berlainan pula, individu tersebut memaklumkan tujuan beliau berkongsi video berkenaan adalah untuk  memberi informasi dan menyumbang kepada kesedaran tentang kesihatan mental masyarakat di Malaysia yang masih rendah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Feb 2025

Dakwaan Sudah Berkahwin Tular, Fikry Ibrahim Mohon Beri Sedikit Masa

Fikry bagaimanapun meminta untuk memberikan ruang dan sedikit masa menejlaskan mengani statusnya kini.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Elak jangkitan COVID-19 antara manusia dengan haiwan peliharaan

KKM bekerjasama dengan Jabatan Veterinar

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Takziah Buat Petugas SPR

Kes ketiga untuk PRU 14 kali ini , petugas SPR meninggal dunia ketika bertugas sewaktu menjaga proses pengundian

Hiburan Mon, 18 May 2026

Dari Pembantu Jurusolek Ke Pelakon, Imranul Effendy Bintangi Filem Arahan Pierre Andre – “Saya Minat Bidang Ini, Jadi Timba Pengalaman Sebagai Krew Terlebih Dahulu”

Imranul Effendy kini melebarkan langkah dalam dunia seni lakonan apabila tampil menerusi filem pertamanya, Nar’sata Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Featured Wed, 26 Oct 2022
error: Content is protected !!