Hiburan By: Maya Basir February 4, 2024 @ 7:44pm

Didakwa Menjalinkan Hubungan Sulit, Ernie Zakri Dedah Diganggu Individu Misteri Bertahun-Tahun – “Saya Rasa Dia Sakit…”

Penyanyi Ernie Zakri tampil beri penjelasan mengenai dakwaan dirinya menjalinkan hubungan sulit dengan ahli muzik, Anwar Amzah.

Menurut Ernie yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 menerusi lagu Astana, dakwaan tersebut tidak benar dan mendedahkan dia sudah lama diganggu oleh individu tersebut di media sosial.

“Saya kalau boleh tak nak bagi highlight pun dekat perkara ni because membuang masa dan tenaga saya untuk berkata-kata.

“Saya memang sudah diganggu oleh individu ini sudah beberapa tahun jadi I don’t think that he or she deserve my comment at all because I don’t want to know yang mereka wujud.

“Saya tak kisah pun sebenarnya. At the end of the day, saya dan keluarga saya tahu,” ujarnya semasa ditemui di Meet & Greet Paling Ikonik AJL 38 yang diadakan di Pasar Seni, sebentar tadi.

Mengulas tentang mesej yang diterima Anwar, pelantun lagu Gundah ini turut memberi nasihat kepadanya agar tidak memberi perhatian kepada perkara tersebut.

Malah, Ernie menyifatkan individu berkenaan mempunyai masalah mental kerana kerap mengambil tahu tentang kehidupannya dan suami, Syamel.

“Anwar pun dapat benda yang sama. Mesej-mesej, menuduh-nuduh dan fitnah sana sini. Pada saya orang itu sakit jadi kenapa saya nak layan orang-orang yang kurang berakal ni.

“Kami termasuk Syamel pun diganggu dengan orang yang sama juga. Bila dapat tahu dari pihak Anwar pun kami selalu dapat. Jadi apa yang kami sampaikan kepada Anwar hanya relax dan jangan buat apa-apa.

“Pada saya, orang ni kurang sihat kerana dia ada masa menggali tentang segala kehidupan saya, kehidupan lampau saya dan Syamel. Tuduhan-tuduhan itu sangat tidak berasas dan kelakar sebenarnya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia dan Syamel pernah memberi nasihat kepada individu misteri tersebut namun tidak diendahkan.

“Saya tak tahu sama ada individu ini obses dengan saya atau Syamel. Mungkin mereka tak boleh terima perkahwinan kami.

“Sejak saya bertunang dengan Syamel lagi saya sudah diganggu individu itu tapi saya tak terkesan,” dedahnya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini memaklumkan perkara ini membuatkan dia dan suami lebih berhati-hati dalam perkongsian di media sosial.

“Apa yang jadi membuatkan saya dan Syamel lebih berhati-hati dan menjaga hubungan kami. Tak semua orang suka tengok kita sweet-sweet jadi pada saya it’s all about jealousy lah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

6 VIDEO ARTIS PALING DIKECAM TAHUN 2O17!

Tahun 2017 hampir melabuhkan tirainya, pelbagai isu kontroversi menghimpit dunia hiburan pada tahun ini. Bermula dengan kes video viral yang menerima kecaman netizen sehingga kepada kes yang membawa kepada pergaduhan

Featured Tue, 6 Jul 2021

Cara Mohon Elaun RM600 Kepada Golongan Hilang Kerja Bukan Pencarum PERKESO, Graduan Baru

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutamanya golongan yang hilang pekerjaan, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal. […]

Hiburan Mon, 25 Mar 2024
Trending Wed, 10 Jan 2018

碗的风水禁忌 千万别把「饭碗」给丢了!

碗作为中国人日常必需的饮食器具,与中华传统文化密不可分。在风水学的角度来看,碗的风水也是很讲究,只有注意这些风水禁忌的朋友,才能带来更好的运势!

Featured Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Tue, 2 Apr 2019

Bakal Nikah Sabtu Ini, Bapa Aman Nassim Kini Sakit Tenat

Semoga urusan Aman dan bapanya dipermudahkan Allah SWT, Amin…

Featured Tue, 11 Jul 2023

Anjur Pertandingan Azan, Rosyam Nor Tawar Hadiah Lumayan Bernilai RM110,000

Terbaiklah Datuk! Jarang-jarangorang baut macam ni.

Featured Tue, 21 Sep 2021
Events Fri, 30 Nov 2018

Zoo Negara to Celebrate 55th Birthday with a Fiesta

It’ll be happening in December!