Featured By: Atiqah Johari June 30, 2022 @ 4:29pm

Didakwa Reka Cerita Dipukul & Cubaan Culik Anak, Ini Respons Lufya

Selepas kejadian tragis yang menimpa diri dan anaknya baru-baru ini, pelakon Lufya Omar didakwa sengaja mereka cerita mengenai insiden dipukul dan cubaan menculik anaknya oleh individu lelaki yang tidak dikenali ketika di sebuah taman permainan di Kota Damansara pada Ahad.

Dakwaan ini timbul apabila ada segelintir pihak melihat Lufya seperti sengaja bertindak lambat untuk membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Tampil beri penjelasan, Lufya mengatakan bahawa soal nyawa bukan untuk dipertaruhkan sehingga dia sanggup untuk mengada-adakan cerita.

“Ada segelintir pihak yang bersifat negatif kerana saya lambat membuat laporan polis. Saya mempunyai anak dan dalam masa yang sama saya dapatkan rawatan terlebih dulu kerana itu lebih penting,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada jam 6 pagi semalam.

Sehubungan itu, dia turut menjelaskan yang dia tidak menuduh mana-mana pihak mengenai kes cubaan menculik anak perempuannya itu.

“Mengenai siapa yang melakukan keganasan dan cuba menculik itu kita serahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” ujarnya.

Tegasnya, perkongsian yang dibuat di akaun Instagram itu adalah sebagai peringatan untuk sentiasa berjaga-jaga terutamanya bagi golongan ibu yang mempunyai anak.

“Selalunya golongan wanita dianggap lemah, jadi ada ilmu mempertahankan diri. Dengan izin Tuhan, saya dapat melawan sekali gus menyelamatkan anak.

“Manusia zaman sekarang sanggup buat perkara keji dan semakin hilang perikemanusiaan,” kongsinya.

Terdahulu, Lufya memuat naik beberapa foto yang memaparkan mukanya dalam keadaan cedera selepas dipukul oleh seorang lelaki berbadan besar yang cuba untuk menculik anaknya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Apr 2022
Hiburan Wed, 24 Jan 2018

“LETTER TO MY HUSBAND” SURAT FASHA UNTUK SUAMI CURI PERHATIAN

Surat tersebut merupakan luahan hati pelakon cantik, Fasha Sandha untuk bakal suaminya. Siapakah bakal suami beliau?

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
#ThrowbackXTRA Wed, 12 Apr 2023
Events Mon, 9 Jul 2018

Gara-Gara Suka Ejek Lionel Messi, Suami Nekad Ceraikan Isteri…

Sejak awal Piala Dunia, beliau tidak berhenti mencemuh Messi dan berkata Messi tidak mampu menyempurnakan tendangan penalti dalam perlawanan menentang Iceland. Pelik tapi benar…kejadian ini betul-betul terjadi di Russia!

Trending Fri, 8 Feb 2019
Events Fri, 4 Nov 2022

Berang Bahagian Belakang Kereta Hancur Dihimpit Lori, Penyanyi Baharu Qistina Khaled Cari Bukti CCTV

Bahagian belakang kereta milik penyanyi dan pelakon baharu, Qistina Khaled hancur dihimpit lori ketika diletakkan di sebuah kawasan tempat letak kereta. @rusamusic Kesian @Qistina Khaled 😭 #rusamusic #rusamvm #qistinakhaled #keretakenalanggar ♬ Dramatic Music – RinkevichMusic […]

TECH Mon, 29 Oct 2018

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan telefon lama anda?Bacalah tips ini.