Featured By: Salma Syahbuddin November 29, 2023 @ 11:42am

Didakwa Suka Pinjam Duit & Liat Bayar Hutang, Anak Arwah Jins Shamsuddin Bidas Kenyatan Netizen 

“Kalau benda tu tak betul ia telah jadi satu fitnah dan kalau benda tu betul, ia adalah aib seseorang”.

Demikian respons anak pelakon lagenda Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin, Putera Hang Jebat selepas timbulnya dakwaan yang mengatakan dia sering meminjam wang dan sukar untuk membayar hutang.

Bagaimanapun, tidak mudah melatah dengan tuduhan yang diberikan, Jebat, 36, memaklumkan, tindakan individu tersebut sebagai satu fitnah sekiranya perkara tular itu tidak benar.

Malah, dia juga tidak pasti dengan tuduhan sedemikian kerana dia sentiasa memegang pesanan arwah bapanya supaya tidak mengambil pusing mengenai kontroversi yang cuba dibangkitkan oleh warganet terhadap diri dan keluarganya.

“Kalau benda tu tak betul ia telah jadi satu fitnah dan kalau benda tu betul, ia adalah aib seseorang. Saya pun tak pasti kenapa perkara itu tular.

“Malah, saya juga seorang yang sangat berpegang kepada pesanan bapa supaya tidak berkongsi apa-apa di media sosial,” katanya.

Memetik laporan mStar, Jebat juga enggan mengulas lanjut berkenaan dakwaan kononnya dia menjual harta milik teraju utama filem Bukit Kepong itu memandangkan perbicaraan tersebut masih lagi berlangsung.

“Kes di Mahkamah Sivil  adalah berkenaan isu jual tanah berharga RM 2.75 juta. Saya telah menang kes tersebut cuma pihak disebelah sana masih membuat rayuan.

“Di Mahkamah Syariah pula, saya tidak boleh berkongsi ia mengenai apa,”jelasnya.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Jebat kini sedang sibuk menyiapkan filem terakhir arwah bapanya berjudul Pasir Salak.

Terdahulu, nama Jebat terpalit dengan isu  tular selepas ada pihak mendakwa dia mencari mangsa dari golongan rakan seni untuk meminjam duit. Bahkan, dia juga dilaporkan sukar untuk membayar semula wang tersebut.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Jul 2021
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Aazief Khalid Dan Instafamous Ini Akhirnya Berpisah

Netizen ni pun, cubalah selidik dulu punca perpisahan diorang, jangan main serkap jarang je!

Featured Thu, 30 Nov 2023
Featured Wed, 17 May 2023

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Wahh mesti lagi ramai bakat-bakat hebat yang akan bersinar dengan EMI Music Malaysia!

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Trending Tue, 6 Mar 2018

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.