Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin July 2, 2024 @ 1:16pm

Didakwa Terpalit 5 Pertuduhan Cederakan 3 Individu & Lakukan Khianat, Berdepan 4 Waran Tangkap… Ini Respons Norjuma – “Saya Tidak Tahu Pangkal Cerita”

Susulan gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding kes lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat pada tujuh tahun lalu, bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed mendakwa dia terkejut dengan perkara itu.

Memetik laporan Harian Metro, Norjuma menjelaskan, dia hanya mengetahui perkara itu (waran tangkap) melalui laporan media sekaligus menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal.

Katanya, mahkamah telah menetapkan tarikh baru dan dia akan hadir pada tarikh yang diberikan iaitu pada bulan Julai ini.

“Saya pun tidak tahu pangkal cerita berhubung waran tangkap itu dan mengakui agak terkejut membaca laporan media berhubung isu waran tangkap. Sepatutnya perkara ini diuruskan oleh peguam saya, bukannya pihak media.

“Sehingga kini lima peguam yang dilantik pun tidak memaklumkan perkara ini dan buat masa ini saya juga berdepan masalah kerana barisan peguam tidak memberi kerjasama kepada saya.

“Baru-baru ini pun peguam tidak hadir ke mahkamah sedangkan saya mengeluarkan kos setengah juta untuk kos mereka.

“Sebenarnya ramai orang tidak tahu mahkamah sudah memberi tarikh baru kepada saya iaitu bulan ini. Saya akan hadir pada tarikh itu,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN:Gagal Hadir Prosiding, Norjuma Dikenakan Waran Tangkap Oleh 4 Mahkamah Majistret

ARTIKEL BERKAITAN:Mahkamah Isytihar Norjuma Bankrap, Waran Tangkap Diserahkan Kepada Polis

Terdahulu, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma Habib kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Mar 2018

Nabil Ahmad Hargai Peminat, Bawa Tunai Umrah

Dalam perkembangan lain, Nabil juga turut mengumumkan bahawa ada ganjaran lain buat peminatnya selain pakej umrah tersebut. Haa, kalau semua nak tahu kenalah tunggu 24 Mac nanti okay

Hiburan Tue, 5 Aug 2025

Amira Othman Perjelas Dakwaan Kantoi Tahu Password Fattah Amin – “Masa Tu Telefon Dalam Keadaan…”

Fattah Amin dan Amira Othman saling menghormati ruang peribadi masing-masing walaupun akrab sebagai rakan sekerja.

Hiburan Wed, 30 Apr 2025

[VIDEO] Hubungan Dengan Marissa Dania Kembali Jernih, Abby Abadi Syukur Tak Hilang Anak

Abby Abadi syukur tak hilang Marissa Dania, akan live bersama

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Sudah sampai seru, buat apa perlu tangguh kan?

Events Mon, 12 Aug 2024

Konsert Cipta Sang Genius M.Nasir Bikin Goosebump! PMX Terkesan Ketika Lagu Tribute Perjuangan Rakyat Palestin Didendangkan

Siapa hadir masa konsert Datuk M.Nasir memang tahulah lah penangan dia macam mana💯❤️🔥

Trending Mon, 30 Jul 2018

国际友谊日丨世界各国打招呼的方式

今天是国际友谊日,让咱们一起来学习学习世界各国的打招呼方式吧!

error: Content is protected !!