Featured By: Arfah January 9, 2022 @ 12:06pm

Dikecam Kerana Pakai Emas Ketika Tunai Umrah, Ifa Raziah Sangkal Kejian Netizen

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah, 46, dikecam netizen akibat foto yang dikongsikan ketika menunaikan umrah.

Gambar tersebut menunjukkan Ifa sedang berdiri di hadapan Kaabah dan netizen tidak senang duduk apabila melihat barang kemas yang menghiasi tangan dan jari pelakon itu.

 

Ifa menerusi saluran YouTube Ifa Raziah Entertainment mencela sikap sesetangah individu yang suka memberikan tuduhan melulu.

“Pakai emas apa masalahnya? Kita ini orang perempuan boleh saja pakai emas. Tak ada pun saya selak dalam Al-Quran, hadis kata wanita ini haram pakai emas. Tak ada.

“Cari hadis tempek dekat saya. Negara mana, mazhab mana yang mengatakan wanita yang pakai emas ni haram? Terutama ketika beribadah?” kata Ifa.

Menurutnya, dia tidak pernah berniat untuk menunjuk atau bersikap riak ketika memakai barang kemasnya ketika menunaikan umrah.

“Kita jangan dengkikan rezeki dari Allah”

Ifa hanya mahu menghargai apa yang diberikan oleh-Nya atas keberkatan rezeki yang diperoleh.

“Kita jangan dengkikan rezeki dari Allah. Orang lain rezeki dia lain Allah bagi. Rezeki kita Allah dah tetapkan,” tambah Ifa.

Dia juga berasa pelik dengan mentaliti sesetengah netizen di Malaysia yang suka memberi kecaman dan komen negatif terhadapnya.

Pelakon itu telah menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah pada Disember lalu dan dia meluahkan rasa syukur atas kesempatan yang diberikan.

 

Apabila ditanya oleh netizen adakah dia akan bertudung selepas menunaikan umrah, dia menjawab belum tiba masanya.

“Saya masih lagi belum pakai tudung. Saya belum lagi sebab saya ada perjanjian saya dengan Allah. Kalau balik dari umrah saya tak pakai tudung. Melainkan saya dah naik haji, baru saya pakai tudung. Hidayah saya berbeza,” jelasnya di dalam satu siaran langsung di Instagram.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019

Jom Sertai Farah Nabilah, Kilafairy, Tya Arifin Di Celebpreneur 2019

Kita harap jelajah ini dapat buka peluang untuk golongan wanita khususnya bagi menjana pendapatan sampingan dengan menjadi agen mahupun stokis. Siri jelajah Celebpreneur 2019 ini dirancang di beberapa lokasi di seluruh negara. Selepas Johor, jelajah ini akan diteruskan di Pulau Pinang pada 8 Mac, Sabah (16 Mac) dan Sarawak (17 Mac)

Featured Tue, 11 Jun 2019

Tiada selera makan dan cirit-birit, ketahui tanda jangkitan kuman pada paru-paru

Kematian misteri Orang Asli Kuala Koh menggemparkan negara

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Sebak! Ini Luahan Bakal Isteri Emy Buat Arwah

Melihat kepada keadaan Cathy, ramai rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat meminta agar Cathy melalui dugaan ini dengan sabar dan redha dengan setiap ketentuan ilahi diatas pemergian Allahyarham

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

Hiburan Mon, 9 Aug 2021

Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 37, menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Khabar sedih ini dimaklumkan oleh suaminya, pelawak Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram

Hiburan Mon, 5 Feb 2018

PRIYANKA CHOPRA JADI BRIDESMAID?

Peminat filem Bollywood tentu kenal Priyanka Chopra kan?  Bintang Bollywood ini yang juga bekas Ratu Cantik Dunia 2000 khabarnya akan menemankan rakan baiknya, pelakon Meghan Markel, 37, sebagai pengiring pengantin pada majlis perkahwinan  Meghan dengan

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

独具一格的Gegaria嘉年华

你有多久没有参与户外活动?周末是不是都宅在家、逛购物商场,又或只是看电影呢?小编上周六就去到了关丹达鲁尔马克穆尔体育场参与“Gegaria嘉年华”,从早到晚可说是节目不间断,无论是吃喝玩乐,都可在这里找到,绝对适合一家大小。

Trending Mon, 26 Feb 2018

Singaporean 5-Star Hotel Fulfils Tourist’s Super Strange Request

The award for Best Customer Service of the Year goes to Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

| Live TV