Hiburan By: Maya Basir July 12, 2023 @ 3:22pm

Dikecam Seksi Pakai Baju Renang, Ini Respons Yasmin Hani – “Ada Orang Pakai Tudung Tapi Nampak Leher…”

Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani enggan mengambil peduli tentang kecaman netizen susulan gambar dirinya yang berpakaian seksi.

Memetik laporan mStar, Yasmin atau nama sebenar Yasmin Hanis Ismail Richardson, 43, menjelaskan dia tidak dapat halang mulut orang daripada berkata-kata cukup sekadar keluarga memahami segala kelakuannya.

“Kalau kita kisah dengan apa orang cakap, kita tak boleh hidup. Paling penting, keluarga dan orang sekeliling kita okay, kita tahu apa yang kita buat dan it’s fine.

“Apa sahaja yang kita buat, orang tetap akan mengata. Kita tak boleh nak tutup mulut orang lain.

“Kalau mereka nampak benda baik, maka baiklah jadinya tapi kalau pilih untuk lihat sesuatu perkara itu negatif, tak baiklah jadinya,” jelasnya.

Sementara itu, dia menegaskan dia sedar batas dalam berpakaian selain tidak mahu berpura-pura.

“Sebenarnya sejak dulu orang bercakap pasal ni. Saya dah lama dalam industri dan sudah terbiasa berdepan situasi seperti ini.

“Saya pun bukan berbikini. Kalau pakai baju rennag pun saya tetap pakai seluar. Bagi saya ini benda biasa sebab pakaian harian saya kalau di rumah pun berseluar pendek.

“Sesetengah orang ada pakai tudung tapi nampak leher. Ada pula pakai tudung tapi baju ketat nampak juga bentuk badan. Jadi setiap orang ada limit masing-masing,” ujarnya.

Demi menjaga emosi dan kesihatan mental, dia memilih untuk memadam setiap komen negatif namun jika diberi teguran perlulah dengan cara yang betul.

“Saya ada nampak komen-komen negatif di media sosial tapi bagi saya kalau nak menegur biar dengan cara baik.

“Ada saja yang DM saya tegur dengan baik dan saya balas mengucapkan terima kasih, siap beri emoji love lagi. Saya hargai teguran mereka.

“Saya hanya mahu hidup saya dikelilingi dengan perkara positif. Siapa yang komen negatif, lucah di media sosial saya akan padam, habis cerita,” katanya.

Terdahulu, Yasmin menggayakan baju renang berwarna ungu ketat dan dipadankan dengan seluar putih pendek tanpa dikancing butangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai Baju Renang, Netizen Puji Badan Yasmin Hani Seperti Anak Dara – “Dia Vampire Ke? Masih Nampak Muda”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 4 Nov 2019

Along Cham Kesal Dilarang Lalu Red Carpet Ketika #ASK2019

Tapi Along tampak segak seperti Wak Doyok kan?

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Ini Gambar Jasmine Suraya Tak Pakai Bra?

Panas! Betul ke Jasmine Suraya pakai baju nampak aset???

Events Fri, 19 Aug 2022

“Sila Datang Berjumpa Saya” – Alicia Amin Buat Protes di KLFW Tuntut Keadilan

Berani kerana benar! Tak semua berani tuntut keadilan macam Alicia ni.

Hiburan Mon, 14 May 2018

Sheila Rusly Kecewa Dengan Syafiq Kyle?

“Saya tak boleh sewenang-wenangnya tukar pelakon sebab watak itu dipegang oleh Syafiq, kalau orang lain lakonkan dah tak jadi Dekatkan Jarak Kita…

Trending Wed, 19 May 2021

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam. Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang […]

Trending Tue, 13 Apr 2021
Featured Sat, 17 Sep 2022
error: Content is protected !!