Dikecam Teruk Kerana Lagu Raya… Aliff Syukri Mohon Maaf, Minta Netizen Jangan Salahkan Isteri & Ibunya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kontroversi melibatkan muzik video Hari Raya Aidilfitrinya berjudul Kelepok Raya.

Permohonan maaf itu di buat selepas beliau selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Cetus Kemarahan Umat Islam Gara-Gara Klip Video Berimej Songsang, Aliff Syukri Hadir Ke SKMM Beri Keterangan

ARTIKEL BERKAITAN:Lepas Dikecam Netizen, Menteri Hal Ehwal Agama Nasihat Aliff Syukri Tarik Balik Video Kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN:“Lagu Raya Paling…” – Muzik Video ‘Kelepok Raya’ Aliff Syukri Undang Cemuhan Netizen!

“Terima kasih banyak-banyak dan minta maaf banyak dengan sesiapa sahaja yang tersinggung dengan video klip tersebut,” katanya.

Sementara itu, Aliff juga memohon semua pihak agar tidak menyalahkan isteri dan ibunya di atas kontroversi yang berlaku disamping memohon pihak berkuasa yang terlibat menjalankan tugas dengan baik.

“Biarlah pihak SKMM menjalankan tugasnya dan saya ingin meminta maaf pada semua.

“Jangan salahkan isteri dan bonda saya kerana mereka tak salah dalam hal ini. Isteri saya tak salah, bonda pun tak salah,” jelasnya.

Terdahulu, ibu kepada Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menggelarkan muzik video Kelepok Raya sebagai ‘art’ taik anjing kerana menampilkan penari lelaki yang ‘lentik’ mengalahkan kaum perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri Kongsi Tips Malam Pertama Di Instagram, Netizen Tegur Minta Jaga Aurat

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Tengok Orang Lain Buat, Saya Rasa…” – Perlahankan Rentak, Aliff Syukri Tak Mahu Lakukan Gimik Murahan

ARTIKEL BERKAITAN:“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Bagi Tahu Nanti, Orang Kata Buat Kontroversi” – Perkongsian Terbaru Aliff Syukri Di Hospital Buat Netizen Tertanya-Tanya

Salma Syahbuddin