Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 26, 2023 @ 7:41pm

Dilabel ‘Caprice Wannababe’ Gara-Gara Sering Ulas Isu Panas, Ini Respons Padu Azhar Sulaiman!

Pelakon, Azhar Sulaiman kecewa apabila segelintir pihak menganggapnya sebagai ‘Caprice Wannababe’ setelah kerap berkongsi pendapat peribadi berhubung isu semasa di platform media sosial miliknya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Azhar memohon pengikut baharu laman sosialnya untuk membuat penyelidikan terlebuh dahulu sebelum melemparkan dakwaan yang tidak masuk akal itu.

Jelasnya, sebelum selebriti, Caprice muncul memberi pandangan, Azhar adalah antara individu terawal yang lantang bersuara memberikan hujah terhadap beberapa isu.

“Sebelum Caprice, it was ‘Mami’ (panggilannya) yang selalu komen tentang hal politik dan hal ehwal semasa di Facebook sejak zaman Datuk Seri Najib lagi.

“Kau yang ketinggalan zaman ada hati nak kata Azhar Sulaiman ‘Caprice Wannababe’.

“Kepada my fans, tolonglah pergi enlighten sikit dekat newbie ni semua, aku trend setter bukan follower geng!,” tulisnya di kapsyen.

azhar sulaiman caprice wannababe

Bapa kepada pempengaruh Kasih Iris Leona ini turut mendedahkan Caprice sebelum ini pernah meminta izin kepadanya berhubung kes bersama pendakwah selebriti Ebit Lew.

Azhar turut berkata dia mahu menjadi seperti selebriti Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA yang lantang bersuara di platform media sosial.

“I am the only artis yang vokal bercakap di media sosial, Caprice muncul kemudian lepas kes dia dengan Ebit Lew di Gaza. Caprice called me from Gaza seeked my advice on how to manage his dispute dengan Ebit. What i said to him biarlah rahsia.

“Hmm Behar (panggilannya) cakap benda baik dan positif pun orang tak suka. Baik Behar jadi macam Diva AA je, lahar je kat semua isu,” tulisnya.

azhar sulaiman caprice wannababe

Menjengah ke ruangan komen, warganet berpihak kepada Azhar yang memintanya untuk tidak mengendahkan tohmahan negatif tersebut serta memberi sokongan kepada aktor drama rantaian Budak Tebing 3 ini untuk meneruskan perkara tersebut.

azhar sulaiman caprice wannababe

Rakan selebriti seperti Azad Jazmin turut bersetuju bahawa Azhar merupakan trend setter.

azhar sulaiman caprice wannababe

Sebelum ini, Azhar secara terbuka memberi pandangannya berhubung busana sut gergasi penyanyi popular, Aina Abdul di karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35).

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Komen ‘Design’ Blazer Gergasi, Netizen Pula Label Aina Abdul ‘Attention Seeker’?

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
LIFESTYLE Sat, 31 Mar 2018

Shopping Has Never Been Easier and More Cost Saving Thanks to CJ WOW SHOP

It’s CJ WOW SHOP’s 2nd anniversary and they’ve got loads of surprises in store.

Trending Mon, 22 Mar 2021

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Sehingga RM 500,000 Untuk Rakyat

Bantuan buat mereka yang terkesan akibat vaksin

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Rindu Beraksi Atas Pentas, The PussyCat Dolls Kembali Selepas 9 Tahun!

Tak sabar nak dengar #PCDReunion kembali dengan lagu baru diorang!

Trending Thu, 6 May 2021

Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

Siapa yang ada masalah duit tak masuk-masuk tu bolehlah semak ye!