Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak.

Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan perbualan Haziq dan Hayder.

Menerusi perkongsian itu, Haziq bertanya kepada anaknya itu nama penuh, namun Hayder hanya menyebut namanya sahaja tanpa nama bapa.

“Nama awak siapa?” tanyanya.

“Hayder Qhalish!” jawab Hayder.

Bila disoal sekali lagi nama penuh, respons yang diberi oleh Hayder kepada bapanya itu telah berjaya mengundang ketawa.

“Bin apa?” tanya Haziq sekali lagi.

“Bin tak payah,” jawab Hayder kepadanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar jawapan yang diberi oleh si cilik tersebut dan turut mengatakan Hayder pintar bergurau.

“Hahahaha bertuah punya anak.

“Alamak. Hahaha pandai Hayder gurau eh.

“Auto garu kepala bapaknya.

“Lawak lah Hayder ni hahaha,” komen netizen

Malah, ada juga segelintir yang ingin tahu reaksi bapanya kepada Hayder tersebut setelah memberi respons sebegitu.

“Hahaha Hayder ni. Nak tau reaksi papa dia please,” komen salah seorang netizen.

Sekadar info, Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Dharnieya Nur Amelsa