Categories: HiburanSelebriti

Ditahan Di Wad, Amyra Rosli Nafi Sedang Hamil

Pelakon Amyra Rosli memaklumkan selamat menjalani ujian endoskopi selepas dimasukkan ke hospital semalam kerana sakit perut.

Kata pelakon drama Nur 2 yang memuatnaik gambar di hospital di Instagramnya turut menafikan yang dirinya kini hamil anak kedua.

“ Myra baru betul-betul fresh dari ubat bius. Myra buat endoscopy sahaja. Jangan risau apa-apa ya. Yang pastinya tidak mengandung. Lambat lagi nak cerita pasal tu,” tulisnya ringkas.

Amyra turut berterima kasih kepada pengikut di Instagram yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

Semalam, suami Amira memaklumkan Amyra dimasukkan ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengadu sakit perut.

“Dia mengadu rasa tidak sedap perut pagi tadi. Kami kemudian pergi buat pemeriksaan di hospital. Bagaimanapun, keputusan pemeriksaan belum dapat setakat ini. 

“ Keadaannya stabil dan doakan yang terbaik untuk kesihatan isteri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Amar menafikan Amyra hamil dan masih menunggu keputusan sebenar hasil pemeriksaan.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada 2016. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, Amyra memuat naik fotonya ditahan di hospital sehingga mengundang pelbagai tanda tanya.

SGMS Faida