Categories: SihatUncategorized

Ikuti 4 langkah urutan refleksologi bagi anda yang sukar tidur

Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada tidur yang nyenyak selepas penat bekerja sepanjang hari. Ini kerana, waktu beradu adalah sangat penting bagi manusia untuk mengekalkan dan memulih sistem badan serta minda mereka.

Namun begitu, anda tidak akan selalu bernasib baik. Ada kalanya kitaran tidur juga boleh terganggu jika anda mengalami tekanan yang melampau, terlalu banyak berfikir dan pemakanan yang tidak seimbang.

Foto: Bustle

Menariknya, refleksologi pada bahagian kaki sahaja boleh membantu anda untuk tidur nyenyak sepanjang malam.

Dengan mengamalkan refleksologi kaki, anda akan dapat merangsang 15,000 saraf pada bahagian kaki yang dapat memberi kesan efektif kepada anggota badan yang lain dan seterusnya membantu anda untuk tidur dengan nyenyak. 

Foto: mbghealth

Setiap bahagian pada kaki memberikan gambaran yang signifikan kepada ahli refleksologi. Antaranya setiap titik pada kaki akan merangsang saraf pada titik lain pada badan anda. Contohnya, ibu jari kaki dapat merangsang saraf pada bahagian kepala. Bahagian permukaan ibu jari kaki pula menggambarkan titik pada dada, dan kedua-duanya berkait rapat antara satu sama lain.

Anda boleh mencuba refleksologi yang mudah ini di rumah dengan meminta bantuan orang tersayang untuk melakukannya. Mari cuba panduan ini!

Foto: Groupon

Pastikan kaki dalam keadaan yang tenang

Gunakan teknik yang betul dengan menekan, memicit, menepuk dan mengurut kaki anda. Sudahkan dengan menekan kedua-dua permukaan kaki menggunakan ibu jari selama lima hingga 10 saat.

Foto: Magic Foot Spa

Picit kaki anda menggunakan teknik “ulat bulu”

Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, urut hujung tumit hingga ke setiap celah jari kaki. Bayangkan ulat bulu yang terkesot-kesot di atas daun secara perlahan-lahan. Anda pasti akan merasai perbezaannya.

Setiap jari kaki memainkan peranan yang penting dalam teknik ini.

Foto: Harvard Health- Harvard University

Ulang kembali langkah pertama.

Pastikan kaki anda tidak tegang dan berada dalam keadaan yang tenang. Ia dilakukan supaya urutan dapat dilakukan dengan betul dan tiada kecederaan yang akan terjadi.

Akhiri dengan mengurut kaki secara perlahan-lahan.

Urut permukaan dan celah-celah jari kaki dengan jari tangan anda secara lembut. Ulang langkah ini selama beberapa kali. Ia dilakukan bagi melegakan saraf anda.

Source: MindBodyGreen

 

tex_admin