Hiburan By: Khairil Khusyairi April 22, 2024 @ 2:15pm

Ditipu Hingga Rugi RM4.3 Juta, Ms Pui Yi Saman Bekas Rakan Kongsi 

Pempengaruh dan pelakon, Ms Pui Yi memfailkan saman terhadap bekas rakan niaganya yang didakwa menipu hingga menyebabkan beliau kerugian mencecah RM4.3 juta.

Menurut laporan Berita Harian, Ms Pui Yi atau  nama lengkapnya, Siew Pui Yi, mendakwa lelaki berusia 29 tahun yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikatnya, memperdaya beliau hingga menyerahkan wang berkenaan bagi menyelesaikan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tahun lalu.

“Saya memfailkan tindakan sivil ini terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Mentos’ kerana dia telah menipu dan memperdaya saya untuk menyerahkan lebih kurang RM4.3 juta.

“Dia menipu saya dengan janji dapat menyelesaikan isu cukai pendapatan dengan LHDN dan tindakan sivil difailkan untuk mendapatkan semula jumlah wang yang ditipu itu,” katanya pada sidang media.

Dakwa pelakon filem Pulau itu lagi, individu terbabit telah menyeleweng wang dari syarikatnya PY Empire Sdn Bhd sejak Jun 2022.

“Dia menguruskan hal ehwal sumber manusia dan melaburkan dana syarikat (saya),” katanya lagi.

Sementara itu, peguam Pui Yi, K Mahendran berkata, kes sivil sudah difailkan di Mahkamah Tinggi di sini semalam dengan menamakan individu dikenali sebagai Mentos itu sebagai defendan.

“Anak guam saya menuntut ganti rugi khas berjumlah RM4 juta, kos dan ganti rugi lain,” katanya.

Beliau berkata, laporan polis turut dibuat di Ibu Pejabat Daerah Timur Laut pada 24 Oktober tahun lalu kerana transaksi pertama pindahan wang itu dibuat di Pulau Pinang.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Jan 2024

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Wah, kalau bulan puasa famous dengan jingle Yusuffff Taiyooob, ni baru pulak Wahdiniiiiiiiii❤️

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Trending Fri, 31 Dec 2021

“Saya Terima Segala Kecaman, Tapi..” – Ganti Noraniza Idris Nyanyi Lagu Intan Payung, Amsyar Leee Dikritik Netizen

Teka-teki pengganti penyanyi Noraniza Idris untuk menyampaikan lagu Intan Payung bersama Bunga di persaingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) akhirnya terjawab. Penyanyi baharu, Amsyar Leee dipilih untuk menggantikan Ratu Pop Tradisional yang kini sedang […]

Trending Mon, 30 Nov 2020
Hiburan Tue, 5 Feb 2019